Friday, September 30, 2011

Tiada lagi air mata

Assalamualaikum wbt.

Malam terakhir aku di Mesir merupakan hari yang paling indah dan juga hari yang menyedihkan. Kenangan manis dan pahit di Mesir membuatkan aku sukar untuk meninggalkan Mesir yang sudah pun kuanggap sebagai negaraku yang ketiga selepas Malaysia dan Maghribi.

Dulu aku selalu lari dari mengingati kisah silamku. Tapi, malam terakhir aku di sana, aku berdepan juga dengannya. Aku pun tak berusaha untuk mengelak bahkan aku cuba berhadapan dan menerima saja apa yang ditetapkan oleh-Nya. Alhamdulillah, segala berjalan lancar. Nampaknya hatiku juga sudah pulih dan yakin Allah yang menciptakan segala sesuatu dan Dia jugalah yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kini aku sudah mampu tersenyum walaupun berhadapan dengan kisah silamku yang aku anggap sangat perit untuk menerimanya. Aku tak perlu memandang ke belakang lagi. Aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang sudah sedia ada di sekelilingku.

Kini aku tak keseorangan lagi. Aku ada ramai sahabat yang mendokong ku dari belakang jika aku jatuh. Aku lebih bersemangat untuk perbaiki diri. Semoga Allah merahmati semua sahabat yang baru kukenal dua bulan yang lepas di Mesir. Walaupun pertemuan yang sangat singkat tapi ukhuwah yang terbina begitu kukuh hingga sukar untuk aku berpisah dengan mereka. Terima kasih ya Allah atas nikmat sahabat-sahabat solehah yang Engkau kurniakan.

( Teguhkanlah kekuatanku dengan ( adanya ) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingati-Mu ) Surah Taha : 31-34

p/s : Rindu mereka di sana.


No comments:

Post a Comment