Assalamualaikum wbt.
" Hari ini hari terakhir kelas Quran dengan ustazah Huda. Tapi aku macam perlukan dia lagi untuk ajar aku tentang akhlak dan adab. At least sekali dalam seminggu jadilah ".
Kata-kata itu yang kulafazkan dalam hati sambil memikirkan masalah kewangan yang aku alami sekarang. Sebelum ini ustazah ada menawarkan kepadaku untuk menyambung kelas Quran bila sudah tamat tempoh sebulan dengan harga yang murah. Disebabkan ada masalah kewangan, aku menolak baik tawaran ustazah itu dengan memberi alasan bahawa aku ingin mengikut akhawat di sini pergi ke kuliah di Universiti al-Azhar.
Pukul 9.30 pagi tadi, aku bertolak ke rumah ustazah Huda dari rumah anak Negeri Sembilan yang terletak di Sabi' Madinah Nasr. Sebelum keluar dari rumah, aku baca ayat Qursi untuk pelindung diri. Aku baca ayat Qursi tanpa henti sehingga aku betul-betul berada di hadapan pintu rumah ustazah Huda baru aku berhenti baca Qursi.
Hari ini loceng rumah ustazah rosak. Aku ketuk pintu. Tak lama selepas itu ustazah pun buka pintu. Seperti hari-hari sebelumnya, aku masuk rumah ustazah dan memberi salam kepadanya. Aku terus duduk di meja yang selalu digunakan semasa belajar. Seperti biasa aku akan bertanya khabar kepada ustazah. Selalunya mengambil masa 10 minit juga sebelum memulakan pelajaran.
Perbualan terhenti sebentar. Seperti ada sesuatu yang ingin ustazah sampaikan. Aku diam dan melihat wajah ustazah dengan perasaan ingin tahu apa yang ustazah ingin sampaikan.
" Ya Shaliza. Aku akan bantu engkau untuk kelas Quran ini. Aku akan buat kelas untuk engkau sekali dalam seminggu untuk teruskan belajar al-Quran. Aku tak perlukan apa-apa dari engkau. Kau doakan saja untuk aku. Kelas engkau bermula hari Ahad depan untuk bulan September ni. Setuju? ", tanya ustazah sambil senyum ke arahku.
Berderai air mata aku masa tu juga. Hati mana yang tak terusik bila mana nikmat dikurniakan dengan hanya melalui lintasan hati. Allah itu Maha Mendengar. Belum sempat kunyatakan hasrat melalui lisan, tapi nikmat itu diberi dahulu tanpa sempat aku menyatakan apa-apa. Dengan hanya RM600 belanja yang aku bawa untuk belanja tiga bulan di Mesir, jumlah yang sedikit tapi terlalu banyak pertolongan yang diberikan oleh-Nya. Ada saja rezeki yang datang. Aku bersyukur kepada Allah. Aku semakin bersemangat untuk terus islah diri. Walaupun aku bukannya datang dari keluarga yang senang, alhamdulillah, rezeki tak putus-putus. Mendapat sahabat yang solehah pun merupakan rezeki dan nikmat yang besar juga bagiku. Oleh itu, aku menjadi lebih bersemangat untuk menjadi hamba yang mengejar kepada kebaikan. Aku yakin Allah itu Maha Pemurah. Aku mesti menjadi hamba yang bersyukur. Tetapkan hatiku untuk terus taat kepadaMu ya Allah.
Alhamdulillah. Segala syukur untukMu ya Allah !
p/s : Tadi ustazah kata, " Hati ini ada rahsia padanya. Kalau kamu cintakan seseorang,.......................".
Haha ! Biarlah rahsia~~~ Mana boleh bagitahu. :p
Pelajar IPG PDPLI 2017
7 years ago


No comments:
Post a Comment