Thursday, September 15, 2011

Selamat pengantin baru~

Assalamualaikum wbt.




Hari ini merupakan hari yang pertama kali aku menghadiri majlis akad nikah sahabatku sendiri kak Maye dan kak Sakinah yang berlangsung di ARMA sebentar tadi. Keluarga pengantin masing-masing berada di Malaysia.

9.00 malam, khutbah nikah dibacakan oleh Sheikh Muhandis Akh Ahmad Solahuddin dalam bahasa Arab. Kali pertama aku dengar khutbah nikah. Bahasa Arab pulak tuh. Betullah kata orang, benda yang kita tak pernah buat, kita akan buat ni di Mesir. Hatta khutbah nikah orang Melayu pun aku tak pernah dengar.

9.15 malam, upacara akad nikah Ust Mukmin ke atas pasangannya kak Sakinah.
9.17 malam, upacara akad nikah Ust Syamil ke atas pasangannya kak Maye.
9.34 malam, upacara penyarungan cincin oleh kedua-dua pasangan.

Gembira melihat mereka. Bercinta mengikut yang telah disyariatkan-Nya iaitu bercinta selepas kahwin. Semoga kak Maye dan kak Sakinah bahagia dengan pasangan mereka. Aku entah bila. Lama lagi kut. Haha~

Aku tak bergambar dengan kedua-dua pengantin pun. Masa tu ramai sangat, tambah-tambah aku ni memang kurang suka bergambar. Tapi aku sempat snap gambar hantaran sejadah kak Sakinah. Kenapa sejadah? Huhu, itu jelah satu-satunya hasil tangan aku untuk pengantin. Aku buat hantaran tu masa semua orang dah ter'syahid' satu malam haritu.

taraaaa...simple je pun...:)

Tertunggu-tunggu lepas ni siapa pula yang ikut jejak langkah kak Maye dan kak Sakinah. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah. Selamat pengantin baru buat kak Maye dan kak Sakinah.
Love both of you !


p/s : Tersenyum tengok kak Maye 'dibuli' dengan suaminya.


No comments:

Post a Comment