Hari ini aku ke majlis khatam al-Quran dua orang kakak yang sangat kusayangi iaitu kak Maye dan kak Sakinah. Malam ini pula majlis berinai akan dilangsung. Sementara majlis akad nikah akan berlangsung pada malam esok.
Sambil baca jom kita layan lagu Mabruk dari Irfan Makki (^^,)v
Antara aktiviti yang dilangsungkan tadi ialah nasyid dan tayangan video khas untuk kedua-dua mempelai. Masa video untuk kak Maye aku ok lagi boleh gelak-gelak. Bila video untuk kak Sakinah, aku tak dapat kawal perasaan aku. Mak dan ayah kak Sakinah bagi ucapan selamat pengantin baru untuknya. Mak kak Sakinah sangat tenang walaupun aku tahu hati seorang ibu tatkala terpaksa melepaskan anak kesayangan kepada seorang lelaki yang bernama suami. Ayah kak Sakinah memang sporting. Huhu. Jangan haraplah ayah aku nak bagi ucapan sambil gelak-gelak dan senyum. Tapi aku tahu hati ayah pun mesti merasa sedih untuk melepaskan anaknya. Air mata aku mengalir deras saat melihat video itu. Malah aku tak bayangkan pun aku berada di tempat kak Sakinah. Masa tu aku tak berangan jadi pengantin pun. Cuma aku ni memang cepat tersentuh bila sesuatu tu berkaitan dengan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi mak ayah. Even diorang bukan mak ayah aku yang sebenar. Aku hanya mampu mendoakan agar urusan perkahwinan kak Sakinah berjalan lancar insyaAllah.
Selesai nasyid dan tayangan video, kami bangun sama-sama dan menyanyikan lagu rabitah hati sambil berpegangan tangan. Sekali lagi aku tak mampu menyanyi kerana terlalu sebak. Ada kenangan aku di sebalik lagu rabitah hati ini. Kenangan aku bersama kak Maye. Kami dikenakan denda nyanyi lagu nasyid kerana datang lambat ke Mukhayyam Dakhili dulu. Masa nyanyi tu aku gelakkan kak Maye sebab kak Maye nyanyikan lagu ni dengan bersungguh-sungguh dan menghayati betul-betul lagu rabitah hati. Tapi tadi, sekilas kenangan itu menjengah ke fikiranku. Aku tak mampu untuk gelak lagi. Air mata mengalir laju. Aku lepaskan tangan dan berundur ke belakang. Aku tak nak sahabat-sahabat lain terutamanya kak Maye nampak aku menangis. Aku banyakkan istighfar supaya hati kembali tenteram walaupun air mata terus-menerus mengalir tanpa henti. Aku sapu air mata dan buat-buat muka senyum walaupun hati sebak sangat masa tu.
Selesai sahabat-sahabat menyanyikan lagu rabitah hati, masing-masing mengambil peluang untuk bergambar dengan kedua-dua mempelai iaitu kak Maye dan kak Sakinah. Masa itu perasaan aku masih belum reda. Aku duduk jauh sambil memerhatikan mereka berdua. Beberapa minit selepas itu barulah aku ada kekuatan untuk salam kak Maye dan kak Sakinah.
Apapun, aku gembira dan bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang solehah seperti kak Maye dan kak Sakinah. Aku gembira sampai menangis sebab aku sangat sayangkan mereka berdua lebih dari diri sendiri. Manis sangat ukhuwah fillah ni. Aku doakan semoga kak Maye dan kak Sakinah bahagia bersama pasangannya. Moga mereka berdua lebih kuat dalam beramal. Dan moga dapat melahirkan mujahidin yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku. ( Riwayat Muslim no. 2491 )
Semoga Allah juga mengurniakanku suami yang soleh...
bergambar bersama kak Maye sambil dukung si comel sedang tidur,Ulfah berusia 9 bulan
p/s : Sedang menghayati saat-saat akhir di Mesir. Nampaknya minggu depan kena buat tour Egypt sebab aku kena balik emergency. Kena ziarah semua rumah akhawat sebelum balik Morocco. Allah yusahhil insyaAllah..



No comments:
Post a Comment