Sunday, March 25, 2012

Terima kasih, sahabat

Bismillah..


Sahabat, seakan baru sahaja semalam kita dipertemukan, tetapi seakan juga kita telah hidup bersama bertahun-tahun lamanya. Dan hari ini, aku perlu menerima kenyataan bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Sahabat, aku bersyukur dipertemukan sahabat sepertimu. Terima kasih kerana tidak pernah merasa jemu untuk menemani setiap langkahku untuk mengenal Tuhanku. Setiap kenangan yang terukir kan kusemat dalam hati. Selamanya. Terima kasih atas segalanya, sahabat...

Saturday, February 4, 2012

Langkah terhenti

Bismillah



Ada sesuatu yang berada di hadapan. Andai aku mendekatinya, ia beerti aku akan meninggalkan segala isi hati yang ada sekarang. Ia beerti hidup aku akan berubah 180 darjah kerana aku akan berpaling terus dari sesuatu walaupun sebelum itu ia adalah harapan terbesarku.

Dalam hidup ni, tak selalunya kita akan dapat apa yang kita suka. Kita harap yang itu, tapi kita dapat yang ini. Kita harapkan yang di sini, tapi ditakdirkan kita dapat yang di sana. Cuma aku yakin, setiap apa yang ditakdirkan untuk kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku masih lagi berfikir. Perlukah aku meneruskan langkah itu? Atau perlukah aku memperlahankan langkahanku? Atau perlukah aku mempercepatkan langkahanku? Atau perlukah aku menghentikan saja langkahanku?

Masih tiada jawapan yang ditemui.
Masih mencari diri yang sebenar.
Masih seperti dahulu.
Masih yang itu...

Friday, February 3, 2012

Kebetulan

Bismillah


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan...




Bagi aku, adakalanya kebetulan itu buatkan aku gembira.
Adakalanya kebetulan itu membuatkan aku keliru.
Adakalanya kebetulan itu membuatkan aku sedih.

Kebetulan yang kerap terjadi sejak kebelakangan ini lebih membuatkan aku sedih.
Kita tak sangka pun ianya akan terjadi. Tapi terjadi juga.
Kebetulan bukanlah sesuatu yang dibuat-dibuat.
Segalanya berlaku tanpa dirancang.

Aku tak tahu sama ada ini hanyalah kebetulan atau petunjuk dari Dia.
Cuma aku berharap agar kebetulan ini tidak membuatkan aku berharap pada yang tak pasti.

So, let it go...

Thursday, February 2, 2012

Trauma

Bismillah..



Aku ada trauma yang aku tak trauma. Maknanya bukan traumalah tu! Haha. Tapi trauma kepada kawan-kawan aku lah. Kebanyakan kalau aku tanya kenapa takut kucing? Rata-rata bagi sebab kucing pernah gigit tangan dia, pernah cakar tangan dia. Aku gelakkan je.

Pernah sekali kucing aku gigit hidung aku yang sangat kecil ini sampai termengalir air mata aku sikit. Sikit pun aku tak lempang kucing tu. Tapi aku cium dan peluk dia kuat-kuat.

Pernah seekor kucing yang sangat besar mengeliat kat sebelah aku sambil tu kuku dia mencengkam kain baju kurung aku dan dia tarik sekuat hati dia. Aku dah nak nangis dah masa tu, tapi aku cover. Aku tarik perlahan-lahan kain aku.

Pernah sekali aku usik kaki seekor kucing Parsi yang sangat besar masa dia tengah jilat bulu dia kat dalam bilik mak lang aku. Tapak kaki dia sama besar dengan 4 jari aku. Kalau kucing biasa 2 jari aku je besarnya. Dia berhenti jilat bulu dan terus pandang aku macam nak terkam muka aku yang bulat macam muka dia. Tapi nasib baik tuan dia jerit " Adik ", dan dia terus berlari keluar dari bilik mak lang aku. Muka je macho, sekali nama Adik pulak.

Pernah sekali aku nak usik seekor kucing Parsi kepunyaan jiran yang duduk di bawah motorsikal ayah aku. Bila time nak usik tu, tangan dia yang besar tu terus cakar tangan aku sampai berdarah. Nama dia Apai, usia dia dah bertahun-tahun. Masa aku kecik lagi dia dah ada. Dulu tuan dia selalu ziarah umah aku sebab nak tengok anak2 kucing aku yang baru lahir. Apai tu kalau bukan tuan dia yang panggil balik rumah, dia yang panggil tuan dia balik rumah. Sekarang ni Apai dah tua tapi bagi aku still gak macho sebab Apai selalu leraikan pergaduhan besar antara kucing aku dengan kucing yang lain. Hoho!

Dan akhir sekali aku nak cerita dan kongsikan. Junior aku ada bela kucing di rumahnya. Kucing tu dia pungut dari suatu tempat dengan keadaannya yang sangat comot. Mula-mula aku jumpa kucing tu, dalam hati aku kata ' tak comelnya'. Aku pun terus usik kucing tu. Tapi kucing tu tak nak pun kat aku. Dia lari. Aku kejar. Bila dah dapat tu aku pegang-pegang dia. Tapi masa tu aku terperasan sesuatu. Aku layan kucing tu dengan kasar. Padahal aku dah cop diri aku ni Ummu Hurairah maknanya ibu kucing. Lama juga nak adapt dengan kucing tu. Banyak kali jumpa pun dia masih tak nak dengan aku.

Tapi sekarang ni dah lain, bila aku datang rumah junior aku tu, aku main-main dengan dia seperti mana aku main dengan kucing aku. Kucing tu dah ada gigi tapi kecil je. Sebab dah ada gigi tulah dia main dengan lebih ganas lagi. Tambah pulak aku memang suka main dengan anak kucing yang ganas. Lepas aku main-main dengan dia, aku pinjam lapppy junior aku sebab nak call ayah aku. Tengah borak-borak dengan ayah, kucing tu sendiri datang kat aku nak main lagi. Bila dah penat dia terus tidur kat aku. Tengok?? Dia sendiri yang datang. Bukan aku yang kejar.

Nak tahu sebab apa??

It's all about qalb :)

Aku sangat percaya bahawa hati itu Allah jadikan sebagai penghubung Dia dengan makhluknya dan penghubung makhluk sesama makhluknya sendiri. Disebabkan aku seorang pencinta haiwan, aku nampak keajaiban ciptaan Allah ( hati ) melalui haiwan. Memang mereka tidak punyai akal, ye aku setuju. Tapi mereka punya hati dan perasaan. Kalau tidak mana mungkin kita akan dapat saksikan seekor anjing tetap setia menunggu kepulangan tuannya setiap jam 5 petang di depan stesyen kereta api sehingga ajal menjemputnya.

Mana mungkin kita dapat menyaksikan seekor burung seolah-olah meratapi pasangannya yang telah dilanggar atas jalan raya.

Mana mungkin kita dapat menyaksikan seekor kucing jantan datang jilat-jilat pasangan dia dan bermain-main dengan anak-anak dia. ( Ni kucing aku lah ni..hehe ) Yang selalunya kita dengar kucing jantan akan makan anak dia sendiri.

Banyak lagilah fenomena haiwan sekarang yang kita boleh tengok. Apa yang aku perasan dari haiwan-haiwan ni kan, kalau aku takut-takut nak dekat dengan dia, dia akan takut-takut jugak dengan aku. Kalau aku rasa tak selamat dengan dia, dia pun akan rasa tak selamat dengan aku. Yang penting kena jaga hati kita sebab aku rasa Allah bagi mereka kelebihan untuk faham hati kita. Itupun kalau kita memahami :)

Aku pernah terbaca sesuatu. Mafhum dia, kalau kita saling berkasih sayang antara penduduk di bumi ni, penduduk di langit pun akan menyayangi kita. Aku dan adik-beradik aku ada juga terfikir nak tubuhkan pusat penjagaan kucing-kucing terbuang. Moga Allah berikan petunjuk, ameenn..:)

_______________

Sebenarnya aku nak tulis pasal trauma lain. Aku padam dan aku tukar trauma yang lain. Biar Allah saja yang menghukum mereka yang berkenaan. Dunia ni dah terlalu tua untuk berdendam dengan orang. :)

Saturday, January 28, 2012

Dah berpunya

Bismillah...


Hari ini, berlaku perbualan antara aku dengan Risya mengenai Zira. Masing-masing bukan nama sebenar dan mereka berdua adalah housemate aku. Berlakulah perbualan seperti berikut:


Aku : Risya, Zira ni dalam facebook gaya macam pendiam je kan? Letak gambar pun gambar yang ayu-ayu gitu. Macam tak banyak cakap je. Ayat pun skema-skema je. Kan?

Risya : Sebab dia dah berpunya. Dah ada orang yang perhatikan dia. Sebab tulah dia kena jaga.

Aku : .............................................................................( sambil mata terkedip-kedip )

Risya : Ko tu pon samalah kena jaga.

Aku : .............................................................................( terus senyap membisu )

_____________________________



Bila aku fikir semula, logik juga kata-kata kawan aku tu. Bila aku dah berpunya nanti aku tak pasti bagaimana pula dengan keadaan aku.

Aku sedar aku ketagih pada facebook. Aku kena kurangkan post-post yang tak berfaedah di facebook. Bukan itu saja, aku kena kurangkan penggunaan facebook dalam seharian.

Tapi yang pasti niat aku bukan kerana aku diperhati. Sebabnya aku pun belum berpunya lagi. Tapi aku nak buat sebab nak jaga maruah aku sebagai wanita muslimah. InsyaAllah.

Aku sertakan sekali video seorang pelajar Malaysia dari Canada yang ditemuramah mengenai pemakaian niqab. Bila tengok video ni, aku rasa macam tengah tengok diri sendiri pun ada. Junior aku lah kata pelajar ni macam gaya aku.

Pemakaian niqab Mahasiswi Malaysia di Canada


Siapa menjadi bakal suami aku, aku doakan dia selamat dari fitnah dunia. Amin~
Terima kasih kepada Risya yang telah menyedarkan aku :)

Wednesday, January 25, 2012

Fanatik

Bismillah..


Aku seorang yang fanatik kucing sejak kecil lagi. Memang inilah permainan aku. Untung mak ayah aku sebab tak perlu dah nak beli banyak barang mainan untuk aku sebab kucinglah permainan yang aku boleh main sama-sama, bila main pun dia bagi respon kat kita, bila kita sedih dia tempat kita meluahkan dan macam-macam lagi yang boleh kita lakukan.

Masa sekolah rendah dulu, kami ( aku dan sepupu2 ) akan jadikan kucing sebagai alat latihan untuk larian pecut. Kucing ni, biarlah kita yang lari dulu, dia tetap akan sampai dahulu dari kita ke garisan penamat kami iaitu pagar. Dengan muka dia yang sungguh innocent tu buatkan kami geram dan berusaha lagi untuk pecut. Malangnya, dia juga yang menang. Penat gila kut.

Aku pulak jenis tidur kena ada kucing. Kalau tak aku tak lena. Kalau terbangun tengah malam tu mula lah aku pergi cari kucing kat dapur atau ruang tamu. Bila tak jumpa aku akan masuk semula bilik dalam keadaan hampa.

Kucing ni aku jadikan dia sebagai alat pengukur. Selalunya kucing aku akan jemput ayah aku turun dari motor lepas balik kerja. Kalau ayah aku panggil nama kucing aku tu, maknanya mood ayah baik. Kalau dia buat derk je dengan kucing aku tu, maknanya mood dia tak baik. Bila mood ayah aku tak baik, aku akan bagitahu apa-apa yang berkaitan dengan hal rumah kemudian. Tunggu ayah reda dulu, malam tu baru aku bagitahu.

Takde idea nak tulis apa lagi. Jom layan gambar.























Teringin nak ada kucing Parsi kepunyaan sendiri....


Sunday, January 15, 2012

Anak ayah

Bismillah...

Minggu ni, aku terperasan sesuatu. Hari apa entah aku tak ingat, aku tanya housemate aku. Aku tanya, aku ni rapat dengan mak atau ayah? Sekali dia jawab, " ko rapat dengan ayah, anak ayah pun ada jugak kut". Antara jawapan yang lain pernah aku terima ialah, sebab kekerapan aku call ayah lebih banyak dari mak. Lepas tu kalau call tu memang lama giler. Sampai ayah aku akan capai charger sebab bateri hp habis. Kalau kurang sejam lebih memang tak sah. Mesti nak lama lagi. Tapi aku ni pulak bukannya jenis call selalu. Sebab tulah aku call lama-lama sebab banyak cerita terkumpul yang nak diceritakan.

Alasan aku pulak, kenapa aku call ayah lebih banyak dari mak. Of course bukan sebab aku tak rapat dengan mak. No way! Tapi sebabnya, asal aku call mak je hp dia off sebab kerja. Mak aku kerja kilang. Kerja dia pulak tak menentu. Aku pulak tak tahu mak kerja pagi atau kerja malam. Asal nak call mak je aku nak pergi jamiah. Tak pun Malaysia dah tidur. Tak pun Morocco yang tidur. Tu yang aku asyik call ayah je tu sebabnya, ayah aku pengawal keselamatan. Hp ayah aku memang sentiasa di sisi. Jadi sebab tu aku selalu dapat cakap dengan ayah je.

Masa kecil-kecil dulu aku sangat takut dengan ayah. Dia memang garang. Sampai sekarang kut garangnya. Sebab tu aku lebih rapat dengan mak. Tapi, bila fikir-fikir semula, aku ni macam anak ayah jugak. Antara alasan-alasan yang membuktikan aku hampir nak jadi anak ayah ialah:

1) Asal ada pertandingan melukis je, ayah wajib ada kat sebelah aku untuk bagi idea dan semangat. Ayah memang sanggup minta cuti sebab nak temankan aku melukis. Ada sekali ayah tak dapat cuti, masa tengah melukis tu aku dah nak menangis. Tak silap masa tu darjah 4. Aku jadi down sebab duduk dalam kalangan kawan-kawan (yg sama pergi melukis) yang mengalah awal-awal. Nasib mak ada. Walaupun mak aku sepatutnya kena duduk dengan adik aku ( Mimi ) yang masa tu pun dia bertanding jugak. Ayah dapat keluar awal kerja. Sempat dia tengok aku dan Mimi ambil hadiah. Mimi dapat no.1 tahap satu. Aku dapat no.1 tahap dua. Alhamdulillah..

2) Aku suka survey barang dengan ayah. Sebabnya cepat, tak ambil masa yang lama jadi boleh pergi banyak tempat.

3) Kedudukan dalam kereta. Aku mesti duduk belakang ayah. Selalunya aku tak tidur dalam kereta sebab borak-borak ayah supaya ayah tak mengantuk masa memandu.

4) Aku selalu bincang topik-topik yang penting dengan ayah. Antaranya, tentang soal hidup ( tapi ni pun ayah yg mulakan dulu :p), kerjaya, serba sedikit tentang ekonomi keluarga dan banyak lagi. Lagi satu ayah ni memang tak lokek kongsi pengalaman. Jadi aku banyak dapat inspirasi dari cerita-cerita dia.

5) Ayah aku skema. Aku pun terikut-ikut dengan skema dia.

6) Ayah aku pengemas. Aku pun ikut dia jugak. Tapi kalo dia mengemas memang perfect dari aku la.

7) Masa kecik-kecik dulu, kalau aku tak reti nak masak sesuatu masakan, aku akan call ayah kat tempat kerja. Masa tu aku nak masak lemak cili api je pun. Pastu ayah bagitahu resepi.

8) Aku sangat sensitif dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan seorang ayah. Kalau tengok video kat youtube tentang  mana-mana ayah pun aku boleh menangis.

9) Aku cakap bahasa Melayu baku dengan ayah.

10) Kalau aku terbangun lambat, ayah tak perlu ketuk pintu bilik aku. Dia sebut "kakak" sambil duduk kat ruang tamu pun aku boleh terbangun sambil terus capai towel nak pergi mandi.

Gambar ayah 2 tahun yg lps. Masa hantar aku balik Morocco.

_____________________

Tak ada apa nak dilafazkan tentang ayah. Hanya doa yang selalu dipanjatkan agar Allah sentiasa melindungi, merahmati, meredhainya. Moga aku termasuk dalam kalangan anak yang tak lupa jasa mak ayah. 27 Januari ni hari kelahiran ayah yang ke-50 insyaAllah.

Ayah satu-satunya lelaki dalam hidup aku. Tapi aku sangat segan dengan dia. :p