Hari ini mood aku yang paling tak baik dan mood yang paling baik. Ada dua mood pula hari ini. Selesai tilawah lepas solat Subuh, aku baca surat khabar. Dah penat menghadap laptop, aku tidur semula. Terlalu penat sampai aku bangun semula pukul 10.45 pagi. Anak dara jenis apa pun aku tak tahu. Pukul 11 sepatutnya ada rumah terbuka pelajar perempuan di Masakin Uthman. Aku celik je mata tengok kawan-kawan semua tengah bersiap-siap untuk ke rumah terbuka. Aku bangun terus pergi ke dapur. Apa lagi, makanlah. Haha.
Muka aku gaya macam aku takyah pergi rumah terbuka. Bukan apa, aku malas nak suruh diorang tunggu aku. Jadi aku pun buatlah keputusan pergi seorang diri. Selang sejam lebih baru aku keluar rumah. Hari ini aku bernasib baik sebab tak kena kejar anjing. Cuma anjing tu menyalak buatkan aku terkejut. Itupun dah buat aku cukup benci dengan anjing.
Singgah kedai sebentar beli 20 genih topup. Tiba-tiba sekumpulan pelajar perempuan yang juga mahu ke rumah terbuka masuk ke kedai. Fuh, lega juga hati sebab takyah pergi sana seorang. Kami berlima menaiki teksi ke Masakin Uthman. Sampai di Bayt Umar ( nama rumah ) aku bersalaman dengan semua yang ada di situ. Tengah aku minum air, ahli-ahli bait aku nak bergerak pula ke rumah terbuka negeri Sabah. Bila teringat malas nak balik seorang, aku pun ambil keputusan untuk ikut mereka. Bertuah betul dapat tetamu macam aku. Baru duduk dah nak keluar semula. Tak sempat makan nasi kerabu.
Dalam perjalanan ternampak pula kedai jual binatang antaranya kucing parsi. Menggelupurlah aku masa itu. Nasiblah seorang kakak ni layan je perasaan aku saat itu. Haha! Aku terus tanya tuan kedai akan harga kucing tu. Kalau aku duduk Mesir memang aku akan beli. Murah kut. 250 genih. Kat Malaysia aku tanya anak dia pun dah RM 4oo. Dah lepaskan hajat di hati, kami teruskan perjalanan ke rumah terbuka Sabah.
Sampai kat rumah Sabah, tiba-tiba ada seekor kucing parsi datang ke arah kami. Excited gila la aku masa tu. Kat Morocco jangan haraplah akan ada kucing datang kat kita. Anjing adelah. Bila aku tengok kucing tu, hilang lapar aku. Bila pegang pula, habis hilang semua tekanan yang ditanggung. Stabil rasanya tekanan darah aku. Haha!
Lepas bersalaman dengan kawan-kawan dari Sabah, aku terus makan. Aku ambil nasi satu senduk je. ( korang je tuduh2 aku makan banyak.huh!~ ). Tapi aku lebihkan sikit lauk sebab aku memang suka sangat ayam masak merah. Kuih raya pun aku tak sentuh sebab tak berapa suka sangat makan kuih raya. Aku makan cepat-cepat sebab nak tangkap gambar kucing parsi yang ada tadi.
Aku gembira sangat dapat dukung kucing sampai hilang segala tekanan. Jom layan gambar dia ! :)
p/s : Sebelum balik Morocco kena pergi rumah seorang pelajar perempuan ni. Rumah dia ada kucing parsi yang diberi nama Ain. :)
p/s 2 : Aku tak bersedia lagi untuk meninggalkan Mesir...:(






Comeynyeee 'Si Ain' tu..suke..suke...
ReplyDeletehehe..kucing atas tu bukan Ain..tak tahu plak nama die apa..huu :)
ReplyDelete