Thursday, September 8, 2011

Antara dua.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini, aku mendapat dua keputusan yang menggembirakan dan berita yang menyedihkan. Berita yang menggembirakan ialah, aku berpeluang untuk pulang ke Malaysia awal walaupun hakikatnya hanya Allah saja yang menentukan sama ada aku boleh pulang awal atau tak. Berita yang menyedihkan pula, bila kita terpaksa berpisah dengan sesuatu yang amat kita cintai.

Aku terlalu mencintai sehingga susah untuk menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Kerana cinta-Nya kami bertemu, dan kerana cinta-Nya jua kami berpisah. Aku terpaksa pergi dahulu walaupun bukan ini yang kumahukan. Namun, aku masih lagi berharap agar suatu hari nanti kami akan bersua lagi untuk mencipta kenangan yang lebih indah. Cinta di hati ini takkan kuluputkan. Ianya akan kusemat sedalam-dalamnya supaya ianya segar dalam ingatan selamanya. Semoga Allah meredhai setiap langkahku selama aku di sisinya...
Selamanya kau di hatiku....Mesir...



p/s : Erti hidup pada memberi...

No comments:

Post a Comment