Wednesday, September 7, 2011

Sabar

Assalamualaikum wbt.

Ahad lepas, selepas selesai je kelas Quran, aku terus bertanya kepada ustazah. " Ustazah, ausiini ", sambil senyum kepada ustazah. Beberapa minit kemudian barulah ustazah menjawab soalanku. Katanya beliau mahu menasihati dirinya dahulu sebelum memberi nasihat kepadaku. Lalu ustazah menasihatiku supaya bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun.

Maha hebat susunan Allah. Minggu ini aku banyak berhadapan dengan situasi yang memerlukan kesabaran. Sangat memeritkan tetapi aku masih lagi mahu mencuba. Semoga Allah menunjukkan kepadaku hikmah sabar itu suatu hari nanti.

Situasi pertama.

Seperti yang aku janjikan, aku nak menceritakan tentang seorang ibu yang bersabar atas kesakitan yang dirasai selepas melahirkan. Dua hari yang lepas, aku pergi menziarahi seorang pelajar perempuan, Kak A ( bukan nama sebenar ) yang baru saja keluar dari hospital. Tak jauh dari depan imarah ( appartment ), aku melihat dua orang pelajar lelaki salah seorang dari mereka merupakan suami kepada akhawat yang baru bersalin tu. Keadaan agak merunsingkan. Mereka mencari idea bagaimana untuk membawa Kak A naik ke imarah tingkat 2. Nasib baik tak tinggi sangat. Tapi, bagi aku, sangat tinggi untuk seorang ibu yang baru bersalin untuk naik ke atas imarah tu. Mula-mula kami mengangkat Kak A menggunakan kerusi. Tapi tak boleh. Kemudian Kak A ambil keputusan untuk makan pain killer untuk tahan sakit dan dia berusaha untuk bangun dan seterusnya naik ke tingkat 2 itu dengan bantuan 2 pelajar perempuan lain iaitu Kak B dan Kak C. Aku hanya mampu mengawasi Kak A dari belakang dan berdoa agar Allah memberikannya kekuatan.

Kak B, Kak C, dan aku sama-sama menolong mengemas rumah dan memandikan bayi Kak A. Pelajar perempuan di sini semuanya sangat prihatin. Mereka bergilir-gilir menjaga dan membantu sepanjang tempoh berpantang.

Situasi kedua.

Balik dari ziarah Kak A, aku pun pulang ke rumah dengan Kak B. Kak B bawa sekali seorang anak lelaki yang berusia 2 tahun dan seorang anak perempuan yang berusia 8 bulan. Kali ini sangat menguji keimanan aku.

Kami melalui satu kawasan lapang yang dikenali sebagai Suk Sayyarat ( pasar kereta ). Ada sekumpulan lelaki berkulit hitam sedang bermain bola di sana. Adik ni pula memang jenis tak suka dipegang. Kami terpaksa menunggu dia yang berjalan dengan perlahannya. Tambah pula aku bawa banyak barang masa itu. Bayangkan dari rumah Kak A kalau nak ke rumah kami hanya 5 minit saja, tapi sebab menunggu adik ni berjalan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke rumah. Adik ni boleh pula join kumpulan lelaki yang sedang main bola, masuk dalam pagar yang ada tumbuhan-tumbuhan kering, masuk dalam semak yang ada anjing, dan berdiri di depan anjing bila tiba di suatu lorong di mana aku pernah dikejar anjing dulu. Dah lah aku ni penakut anjing, adik tu takde rasa takut pun bila berdepan dengan anjing tu. Kak B pula tak menghalang pun anak dia yang terus mendekati anjing tu. Aku berdebar gila masa tu. Aku terus pergi ke adik tu dan tarik tangan dia. Risau aku mengalahkan mak dia pula. Masa itu, aku akui, tahap kesabaran kakak itu sangat tinggi. Tapi aku tak boleh kut jadi macam kakak tu. Maybe sebab aku dah terbiasa dengan kegarangan abah. Abah sangat marah kalau aku buat sesuatu yang membahayakan walaupun masa tu aku masih kecil. Mungkin juga aku akan menjadi ibu yang garang suatu hari nanti. Haha.

Banyak lagi situasi yang menguji kesabaran aku minggu ini. Sabar untuk membuat keputusan, sabar atas keinginan yang tak dikecapi, sabar untuk menyimpan rahsia hati, sabar untuk terus islah diri, dan banyak lagi. Kalau kat Morocco, aku akan melalui dahulu segala masalah sepanjang minggu itu, dan setiap Jumaat akan terjawab segala masalah yang kualami. Sebab apa Jumaat? Hehe, sebab aku akan dengar khutbah Jumaat setiap minggu seandainya tiada apa yang menghalangku untuk pergi ke masjid. Pernah sekali aku menghadapi masalah dalam ukhuwah sesama ahli-ahli rumahku, subhanallah, khatib membacakan khutbah mengenai hak-hak muslim. Tajuk yang sangat kena dengan masalahku. Actually, bukan setakat sekali, malah setiap minggu.

Di Mesir pula lain caranya. Ustazah menasihati aku dengan satu wasiat, dan Allah menguji aku dengan nasihat yang diberi oleh ustazah. Apapun cara Allah untuk memberi seseorang itu hidayah, sebagai hamba kita perlu menerima dan menghadapi segala jenis ujian atau nikmat dengan penuh sabar dan redha. Ini saja yang dapat kutulis. Semoga diriku menjadi golongan orang-orang yang sabar. Selamat beramal ~



____________________


p/s : Sedang bersabar dengan apa yang berlaku tadi. :(

No comments:

Post a Comment