Hari ini ada banyak cerita sebenarnya aku nak taip. Tapi masa tak mengizinkan. Minggu ini aku kena handle rehlah di Mesir, minggu ini juga kena hafal surah, minggu ini juga kena fikirkan sama ada balik Morocco atau tak bulan September ni, minggu ini juga kena shopping untuk tempahan sekiranya jadi balik Morocco bulan ini dan banyak lagi.
Semalam aku share gambar raya dengan adik kedua aku, Mimi. Aku berdebar tengok adik-adik aku. Muka mereka dah matang berbanding masa aku balik Malaysia tahun lepas. Tinggi mereka tak payah cakaplah, comfirm aku lebih rendah. Beginilah nasib anak sulung.
Mimi ada bagi juga gambar anak kucing kami yang baru. Kucing tu terperangkap di atas jalan raya yang sibuk. Jadi Mimi pun bawa pulang ke rumah. Abah pun tak menghalang. Bukan itu saja, kucing kesayangan kami si Baby Gyro pun tak marah anak kucing tu. Baby memang dah ada sifat kebapaan sejak kecil lagi. Buktinya, Baby yang menjaga adik-adiknya sementara si Chumi, ibu kepada Baby keluar bersama suaminya, Jay, kucing jiran kami. Keluarga aku menamakan anak kucing itu Boboy a.k.a Dak Nit.
Inilah dia Boboy..parkinson aku dibuatnya!
Haritu aku telefon mak. Masa tu Boboy tengah kusyuk tengok tv cerita kartun Garfield. Haha! Mentang-mentanglah sama warna. Papepun aku tak sabar nak habiskan saki baki hidup aku kat Morocco. Ada banyak benda yang aku kena kejar.
Okeh, aku nak siap-siap ke Bayt Hanan. Pastu nak kena beli barang sikit untuk buat gubahan hantaran sejadah. Ada walimah untuk seorang akhwat 15 September ni. Entry yang akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku semalam jaga seorang akhwat ni, dia baru bersalin. :)
Daa~~
p/s : Walaupun teruja nak jumpa Boboy, hati tetap merindukan Baby Gyro. Abah kata Baby dah tua sangat. Tapi bagi aku, walaupun Baby dah tua, dia tetap bayi di hati aku. Huhu. Asal aku telefon mak, mesti dia datang duduk kat mak. Mesti dia pun rindu kat aku juga :) Love you, my Baby !!!



No comments:
Post a Comment