Wednesday, June 22, 2011

Miss Perfect ??

 Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah exam dah selesai. Sedang tunggu keputusan peperiksaan sekarang ini. Mohon yang terbaik dari-Nya.

Miss perfect. Hmm, aku selalu terfikir, adakah aku salah seorang dari golongan itu? Tanya housemates majoriti kata aku cerewet. Bagi aku pula, rasa macam dah simple + sempoi je aku ni. Tapi ada beberapa perkara yang aku rasa memang aku cerewet. Aku cuba ingat semula..

1) Katil
-   Memang tak dinafikan aku cerewet bab kekemasan katil. Boleh hilang mood kalau tengok cadar dan katil bersepah. Aku pantang tengok orang duduk katil aku lepas tu tak tegangkan semula. Dari pagi sampai ke malam nak tidur baru aku sentuh katil aku tu. Sanggup tidur atas lantai semata-mata tak nak kendurkan katil aku yg sebenarnya kusyen Arab. Jantung aku berdegup kencang bila tengok orang duduk atas katil aku yang bercadar. Kalau tak bercadar aku tak berapa kisah sangat. Perangai ni memang sejak dari form 1 lagi. Senior dan junior dorm memang tak berani nak sentuh katil aku. Kelakar pula ada junior aku takut nak tutupkan alarm jam loceng aku. Aku dah sedar sebenarnya masa dia cakap takut tu. Garang sangat ke aku? Haha..

2) Baju sekolah
-   Kalau nak tahu, aku hanya ada baju sekolah sepasang sahaja untuk satu tahun dan kadang-kadang untuk 3 tahun. Aku sengaja tak minta kat mak sebab takut menyusahkan. Jadi aku akan jaga sebaik mungkin baju sekolah tu. Punya dahsyat aku jaga baju sekolah, aku hanya gosok baju sekolah aku sebulan sekali sahaja masa di maahad. Balik rumah sebulan sekali jadi aku hanya gosok di rumah sahaja. Masa di SMK DUAM aku gosok 2 kali sebulan sebab balik rumah sebulan 2 kali. Kat sekolah, walaupun aku budak asrama, aku tak tidur dalam kelas. Bukan tak mengantuk, cuma nak jaga baju dan tudung jangan kasi kedut. Cara aku duduk pula, aku tak angkat baju tu. Aku duduk atas baju dengan cara sebelum aku duduk, aku akan pastikan baju tu tegang barulah aku duduk. Nampak menyeksakan diri tapi aku dah terbiasa. Cara aku basuh baju sekolah pula, aku akan basuh baju sekolah tanpa memerahnya. Basuh, bilas dan terus hanger. Jadi baju taklah kedut. Aku bayar je duit dobi tapi aku jarang gunakan dobi. Yelah, kalau aku hantar baju sekolah, aku nak pakai apa pergi sekolah? Sekarang duduk sini aku dah tak berapa cerewet pasal baju. Takde orang nak tengok pun. Aku pun kurang berperasaan dengan lelaki Arab. Kalau lelaki Melayu aku segan, cuma jarang nampak diorang so aku biasa je.

3) Dapur
-   Tempat yang paling penting aku rasa. Sebab ini adalah tempat aku melepaskan segala amarahku. Bila aku marah, aku akan mengemas rumah. Housemates bila nampak aku mengemas, diorang faham sangatlah ada sesuatu yang tak kena kat aku. Tapi tak semestinya. Ish, kadang-kadang bukanlah sebab aku marah. Kalau mood aku rajin nak kemas, aku kemaslah. Selalunya perangai pelik ni datang masa nak exam. Serius, walaupun esok tu aku ada exam, aku boleh kemas satu rumah. Alasan aku sebab nak datangkan mood belajar. Aku tak boleh belajar dalam keadaan bersepah. Siap boleh basuh dan lipat baju yang ada dalam rak baju. Memang pelik. Padahal lepas kemas pun belum tentu aku boleh belajar dalam tempoh yang lama. Perasaan je lebih.

3 perkara kat atas memang menujukkan aku seorang yang mahukan kesempurnaan dan cerewet. Ada juga certain part yang aku rasa aku simple.

1) Make up
-   Senang je. Musim sejuk, aku akan pakai krim safi zaitun, bedak Carrie Junior dan celak. Musim panas macam sekarang aku just guna bedak Carrie Junior dan celak. Sekarang ni jarang pula aku pakai celak. Jadi makin simple. Krim aku pakai masa tidur je. Tak sesuai pakai krim musim panas ni. Muka jadi berminyak. Bedak aku dekat nak habis, aku pakai sejak 2008. Aku takde pencuci muka khas. Aku beli pencuci yang paling murah. Hehe~

2) Handbeg
-   Sekarang aku baru belajar pakai handbeg. Kalau dulu selamba je aku pergi Terminal One tanpa ada apa-apa di tangan. Duit dan ic aku letak dalam poket seluar. Masa tu aku malu nak pakai handbeg sebab macam feminin sangat. Sekarang aku rasa aku perlu bawa. Itupun aku takut nak letak barang berharga dalam beg. Duit dan handset aku letak dalam poket baju je. Dalam beg just ada buku nota, al-Quran, ma'thurat dan alatan wanita untuk kecemasan.

3) Makanan
-   Bab ni paling sempoi aku rasa. Kalau kawan aku suruh rasa makanan memang aku terus kata sedap. Aku tak dapat nak simpulkan sama ada makanan itu sedap atau tak. Aku tak dapat nak simpulkan restoran mana yang paling sedap. Bagi aku semua makanan sedap. Aku makan cekodok pun macam aku makan KFC. Sampaikan ada housemate rasa berselera nak makan sebab tengok aku makan. Punya nak hayati makanan sampai pernah hilang fokus kat abah yang tengah bercakap dengan aku. Sangat jarang aku kata tak sedap pada makanan, tapi kalau sekali aku kata kureng tu memang kureng la makanan tu bagi aku. Hihi..

Dari apa yang aku senaraikan, aku rasa aku di tengah-tengah. Antara cerewet dengan tak cerewet. Itu bagi aku lah. Pandangan orang lain kita tak tahu. Umur dah 21 pun aku masih lagi mencari identiti aku yang sebenar. Aku cemburu dengan kawan-kawan aku. Diorang cantik, pandai masak, dan aku pasti mereka pun sukakan kebersihan. Cuma biasalah kalau duduk rumah sewa ni, kemas ikut mood. Bab kekemasan insyaAllah aku boleh. Bab memasak tu yang aku menggigil. Boleh jadi aku takut nak kahwin sebab bab ni. Bukan tak boleh memasak, cuma aku akan pastikan semua bahan-bahan yang nak digunakan siap dipotong sebab aku tak pandai nak masak campak-campak. InsyaAllah, masih berusaha ke arah itu. =) Oh mak, tolong akak ~





p/s : Aku pernah tidur tepi jalan dengan nyenyaknya sementara tunggu kawan aku solat Jumaat kat Masjid Hussein, Mesir. So, miss perfect kah aku? ~

No comments:

Post a Comment