Saturday, June 18, 2011

Angau

Assalamualaikum wbt.

Peristiwa 1.

Hari Ahad. Lepas solat Subuh, aku terus ke dapur. Macam biasa, kemas-kemas dapur, bilik air. Selesai bahagian dapur, kemas ruang tamu pula. Lepas tu bilik. Lepas tu garaj kereta. Sapu lantai dan siram lantai dengan air. Akhir sekali aku basuh kereta. Itupun kalau mak tak pergi kerja la. Mak pergi kerja naik kereta. Abah pergi kerja naik motor. Aku pergi kedai naik basikal. Dulu la. Sejak duduk maahad aku tak naik dah basikal. Segan. Dah besar-besar ni aku lebih suka jalan kaki. Pukul 8.30 pagi aku pergi kedai beli barang masak untuk makan tengah hari.

Lebih kurang 9.30 pagi aku mula masak. Sebelum tu aku akan cari dulu kucing aku kat luar rumah. Si Baby Gyro tulah yang layan dengar bebelan aku. Aku nyanyi-nyanyi kat dapur pun dia tadah je telinga sambil buat muka mengantuk dia tuh. Orang tua kata anak dara nyanyi kat dapur nanti kahwin dengan orang tua. Betul ke? Ah, aku tak peduli. Bosan duduk dapur sorang-sorang. Tambah pula aku memang fanatik Siti Nurhaliza sejak dulu. Habis semua lagu Siti aku nyanyi sampai dah tak tahu nak nyanyi lagu apa lagi. Haha! Actually, Baby Gyro sebagai bodyguard aku sebenarnya. Rumah jiran aku ada semak, jadi selalu juga la Cik Siti tu ziarah-ziarah rumah aku. Mood nak masak aku boleh punah seandainya aku tahu Cik Siti ada kat dapur. That's why aku bawa skali Baby Gyro masuk dapur. Aku akan letakkan kerusi untuk dia duduk. Takpun dia sendiri akan duduk atas mesin basuh.

Sink aku pulak berdepan dengan tingkap. Aku basuh beras sambil fikiran melayang entah ke mana. Dulu aku ada admire kat sorang ni. Kami satu kelas. Aku teringat kat dia masa basuh beras. ( tapi sejak tahu dia ada 'seseorang ' terus aku tak admire dah =P ) Senyum seorang diri macam kerang busuk. Angau punya pasal, proses nak basuh beras pun lambat.

Untuk nasi, selesai. Aku mulakan pula aktiviti potong-memotong. Sayur kangkung, bawang, and so on. Lepas semuanya selesai aku mula memasak pula. Hati aku tak keruan. Teringat pada si diakah? Fikiran melayang entah ke mana. Semua benda jadi serba tak kena. Aku teruskan memasak. Hati berdebar-debar bagai ada sesuatu terjadi.

Selesai masak, hati masih berdebar-debar. Aku hidangkan lauk yang aku masak tadi kat atas meja. Aku join adik aku tengok tv sekejap. Alamak terlupa pula nak hidang nasi. Bergegas ke dapur. Nak cedok nasi kat dalam periuk. Hah ?? Sudah. Rupanya inilah penyebab aku jadi berdebar-debar. Cari punya cari. Ya Allah..kat sini aku letak? Haha, angau punya pasal, aku terletak beras yang aku basuh tadi kat dalam peti ais belah atas. Tempat freeze. Adushh, bazir masa betul aku nih. Nasib baik ada masa satu jam lagi sebelum abah balik rumah untuk rehat makan tengah hari. Nasib masih menyebelahi aku..hihi..

_________________________________________

Peristiwa kedua.

" Kakak, masakkan nasi boleh tak? Abah lapar pulak tiba-tiba ". " Ok ", balasku. Selalunya waktu tu abah taknak makan nasi. So aku takde la masak apa-apa. Aku bergegas ke dapur untuk tanak nasi. Selesai. Aku kembali ke ruang tamu untuk menonton tv dengan keluarga.

Sejam kemudian." Kakak, mana nasi ni? Dah masak ke belum?" " Oh ya, akak terlupa bah". Muka aku macam kerang busuk je. Sampai je dapur aku terkejut. Buka periuk nasi. Nasi tak masak lagi?? Ish, pekena nih? Aku mula teringat cerita-cerita nasi orang kahwin tak masak-masak sebab kena buatan orang. Aku dah mula berdebar. Selidik punya selidik baru tahu. Plug untuk periuk nasi ada orang tanggalkan. Hish, siapalah yang menggatal tangan cabut plug ni. Plug itu memang dikhaskan untuk periuk nasi. Mungkin ada orang lain cabut plug untuk kegunaan lain.

" Bah, nasi tak masak lagi. Rupanya akak tak perasan plug tu tak pasang. Hehe. Sorry bah. Hehe ". Lepas benda ni terjadi aku jadi berhati-hati bila saja aku nak masak nasi supaya tak berlaku lagi. Aku tak suka buat muka kerang busuk tapi aku buat juga.

__________________________________________

Peristiwa 3

Pukul 9 pagi. Aku tengok mak tidur kat ruang tamu. Mak penat baru balik kerja pukul 6.30 pagi. Aku cepat-cepat ke dapur nak buat surprise untuk mak. Aku masak ayam masak merah. Mesti mak suka. Lalala..hati aku riang masak untuk mak. Last sekali aku nak masukkan gula. Kasi manis dan pekatkan warna kuah. Aku dah letak 2 sudu garam. Garam mak bubuh dalam balang kecil.

Aku buka peti ais cari gula. Alamak. Mana pulak ni. Tak jadilah masak merah aku nih. Aku kacau semula lauk tadi sambil mata meliar cari gula. Oh, sini rupanya gula. Sebelah aku je rupanya. Dalam hati aku, "mak ni macam tahu-tahu je aku nak masak merah ". Makin berbungalah hati aku. Aku ambil paket seberat 1 kilogram tu. Aku curahkan ke dalam kuali. Kacau-kacau. Aku rasa pakai sudu. " Aik?? Apesal masin pulak ni? Aku dah taruk banyak gula pun masin? ". Dengan yakinnya aku curahkan lagi. Dah tinggal setengah paket tu aku curah. Cuba lagi. " Aik?? Masin lagi?? ishhhh!!". Aku mula marah. Aku tengok semula paket tadi. Cis, garam rupanya. Adoilaa pasaraya Giant nih ! Lain kali paket garam dengan gula tu buatlah lain-lain corak. Kan aku dah tersalah.

Aku alter semula. Still masin. Lantak. Aku dah bengang. Adik aku yang kedua makan sambil gelak-gelak. Mak makan sambil garu kepala sebab masin sangat walaupun aku dah alter. Abah datang ke meja makan. " Abah, jangan ambik kuah. Ambik ayam je ". " Asal? Pedas ke?". Tanya abah kat adik aku tuh. Abah aku ni kurang makan pedas. Adik aku jawab " tak,masinnnnnn !!!" sambil gelak besar makan masakan aku. Aku kat dalam bilik masa tu. Takde mood nak makan sebab tengah marah ayam masak merah tak jadi. " Eleh, komen je tahu. Bukan nak tolong ", getus hati aku. Tapi bangga jugaklah. Walaupun masin, habis licin lauk aku masak. Haha. Nasiblah korang...



____________________________________

Peristiwa-peristiwa kat atas berlaku pada tahun 2006. Ingat belajar je ke nak kena fokus? Masak pun nak kena fokus juga. Balik Malaysia haritu aku dah jarang angau masa masak. Kenapa ya? Mungkin aku tak admire kat orang lagi masa tu. ( masa tu???..hehe ).

p/s : Sebelum jawab exam tadi aku ternampak sesuatu. Aku ingatkan angau lagi. Rupanya tak sebab kawan aku pun nampak benda yang sama. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment