Wednesday, June 29, 2011

Kerja gila

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah result for final exam dah keluar. Markah bahas aku hanya dapat 15. Alhamdulillah..terima kasih yang tak terhingga kepada ustaz Darwi yang banyak mengajar aku dalam menyiapkan bahas akhir. Bagi akademik pula, aku kena repeat paper 2 subjek. Ayat ahkam dan Ahadis ahkam. Syukur juga sebab subjek Ahadis ahkam tu memang aku tak faham apa-apa pun. Terima kasih kepada ustaz Alami yang memberi aku peluang untuk aku perbaiki markah aku. Bagi subjek Ayat ahkam, killer subject, terima kasih juga kepada ustazah Syidadi yang sudi memberi aku markah walaupun entah apa jawapan yang aku bagi.

Bila ingat-ingat semula, seandainyalah aku masih tak lulus untuk sem 6, maka semakin lambatlah aku untuk pulang ke Malaysia. Akhir tahun la nampaknya. Sebaliknya kalau aku lulus, insyaAllah jika tiada aral melintang dapatlah aku balik awal tahun 2012. Aku masih dalam urusan pertukaran universiti. Walaupun tahun yang sama, tapi tak sama masa. Dalam pada itupun, aku juga merasa sangat tidak bersedia untuk pulang ke Malaysia dalam keadaan diri yang masih belum mahir lagi dalam bidang yang dipelajari sekarang ini. Terutamanya bahasa Arab aku yang masih di tahap lemah aku rasa. Tambah lagi dengan ilmu-ilmu hadis yang masih lagi aku tak mahir, ilmu-ilmu al-Quran yang masih lagi lemah, dan yang paling penting tarbiyah diri yang masih belum mantap lagi. Hmmm...jadi sekarang aku nak senaraikan antara kebaikan dan keburukan untuk aku meneruskan kerja gila aku tu. Tak faham ke kerja gila tu apa? Takpe, biar aku je yang faham.

Kebaikan

1) Ada masa lagi untuk mantapkan Bahasa Arab, Perancis, English.
2) Proses pengukuhan tarbiyah diri di negara luar - berdikari
3) Masih ada peluang untuk mantapkan skill masak masakan Melayu, Perancis, Arab
4) Punya lebih masa untuk tumpukan hafalan Quran dan Hadis

Keburukan

1) Lambat pulang ke Malaysia
2) Lambat pulang maka lambatlah dapat kerja, padahal aku memang beriya nak tolong mak dan abah
3) Pinjaman MAINS tak tahu dapat atau tak. Pinjaman ye..bukan biasiswa
4) Kesian kat mak abah kena tanggung aku lagi

Langkah-langkah mengatasi tanpa perlu buat kerja gila :

1) Boikot bahasa Melayu ( sementara berada di sini la =p )
2) Kuatkuasakan mutabaah amal fardi dan jadual harian secara amanah, buat urusan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang, tingkatkan disiplin diri terutamanya dalam penjagaan waktu.
3) Selalukan tolong kawan-kawan memasak di dapur
4) Buat perancangan untuk huffaz qura' ( haritu dah buat jadual kan..mana dia? ) - Hafal 1 ayat sehari pun ok. Asalkan istiqomah.
5) Tetapkan waktu untuk belajar semula Matan Baiquniyah, Hadis 40 Nawawi
6) Ubah sikap - elakkan tangguh-menangguh, utamakan apa yang penting, berbelanja dengan jimat
7) Bersenam - turun 1 kg seminggu pun kira ok. Jangan drastik sangat. Bahaya !

Ok, siap pun. Kalau betul-betul berusaha untuk jadi yang terbaik, tak perlu buat kerja gila pun takpe. Antara dua. Istikharah lah jawapannya. InsyaAllah, esok aku ke universiti untuk salin semua markah aku dan malam ni aku nak telefon kawan Arab aku nak minta dia tolong ajarkan aku. Aku akan usaha semampu yang boleh. Keputusan terserah pada-Nya. He knows everything. He knows the best and I want to be the best !!


Chaiyok Shaley !!


p/s : Tahniah buat kawan-kawan aku yang dah berjaya.




No comments:

Post a Comment