Saturday, June 18, 2011

Aku dan pensel warna Luna 2 ~ Sempena Hari Ayah


       Keesokan harinya, aku bangun pagi dan sarapan bersama keluarga. Aku mengingat kembali lukisan yang Abah lukis semalam supaya tidak lupa. Sememangnya berdebar-debar sebab inilah kali pertama aku masuk bertanding. Pagi tu aku makan sedikit saja tidak seperti hari-hari yg lain. Terlalu berdebar sampai tak lalu nak makan. Selesai bersarapan aku bersalaman dengan Atuk dan Wan. “ Botanding tu elok-elok. Biar monang”, kata Atuk dgn loghat negerinya. " Yolah Tuk. Doakan Lija monang ea ”, pintaku. Aku pakai kasut di tangga sementara Abah dan Mak tunggu dalam kereta. Selesai pakai kasut aku berdiri atas tangga dan tadah tangan seraya berdoa ala-ala Upin Ipin “…Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur’alaina min khozaainirohmatikaya arhamarrohimiinnnn…aamiinnnn.. Begitulah rutin harianku selepas pakai kasut.Tuk Wan,Lija gi dulu”. Aku segera masuk dalam kereta. “Dah bawak sume alat tulis?”.Tanya Mak. “Dah”.Jawabku. Dalam kereta Abah ingatkan semula apa yg dia pesan malam tu supaya aku tak lupa. “ Sampai sana jgn lupa doa, mintak kat Tuhan supaya berikan kita kekuatan semangat, supaya dapat ilham masa melukis tu. Kalah menang tu lain citer,yg penting kita usaha,ok?”.Nasihat Abah padaku. Aku mengangguk saja tanpa berkata apa sambil mengkhayalkan sekiranya aku menang dlm pertandingan tu. Aku senyum sendirian. Semakin berdegup kencang jantung aku.

       20 minit perjalanan kami pun sampai di perkarangan istana. Kabus pagi masih tebal. Sejuk tapi menyamankan. Membangkitkan semangat aku tuk melukis…Aku tarik nafas dalam-dalam…dan kulepaskan perlahan-lahan. “ Aku boleh !!”.Jeritku pada diri sendiri. Di sana sebelum bermula pertandingan aku dan kawan-kawan yg lain berkumpul di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir. Sekolah yg berhadapan dengan istana. Kulihat ramai murid-murid yg datang dari sekolah yg berbeza. Mereka nampak ceria bersama kawan-kawan dan guru-guru yg mengiringi mereka. Aku pun turut gembira dengan suasana meriah itu walaupun di hati Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya aku.huhu…Kami berbaris dan diberi taklimat oleh para urusetia tentang tentatif pada hari itu. Selesai taklimat aku bersiap sedia menuju perkarangan Istana Lama Seri Menanti. Bagi murid-murid yg tidak bertanding melukis mereka akan berbaris sepanjang jalan menuju ke Istana Baru Seri Menanti sambil mengibar bendera Negeri Sembilan. Dalam hati..” Bestnye diorang…tak bertanding…xde pon rasa debar-debar macam aku”. Bisikku sendiri. Aku terus ke istana kelihatan Abah dan Mak sudah pun menungguku.

       Tiba di perkarangan istana, Abah dan Mak mencari tempat yg sesuai tuk aku melukis kerana masa tuk bertanding hanya tinggal beberapa minit saja lagi. Masa tu aku memerhatikan murid-murid yg bertanding. Kulihat mereka gagah bersama alat-alat tulis mereka. Kotak pensel yg cantik,beg sekolah yg cantik,baju sekolah bernila kemas…dan……aku terlihat pensel warna SWAN yg besar tu !!!!..Arrrrgghhh…Aku melihat pula apa yg kupegang. Hanya beg plastic putih,senaskhah surat khabar lama utk alas duduk, 2 batang pensel 2B, 1 pemadam, 1 pengasah, 1 pembaris panjang, segulung lukisan Abah..dan……pensel warna LUNA aku yg pendek. Hmmmm….Aku pandang je muka Abah Mak yg tengah mencari tempat teduh tuk aku melukis. Tiada pun riak muka mereka bimbang seperti apa yg kurasakan. Mereka tak bimbang pun akan pensel LUNAku yg pendek ni. Hmmm..aku mengeluh lagi. Segera aku dapatkan Abah Mak.." Mak, Akak boleh menang ke ni….? Tengoklah diorang tu…kaler diorang besar..Akak punya kecik je. Pencil box diorang cantik-cantik. Akak takde pon pencil box..hmmm”, aduku pada Mak. Abah memandangku dan berkata “ Kaler besar pon belum tentu menang. Kalau tak reti nak guna pun tak menang jugak. Dah..dah,tak yah tengok orang. Ingat apa yg kita lukis semalam ". Aku diam seribu bahasa sambil memandang para peserta lain terutamanya pada pensel warna SWAN tu !!..

       Pertandingan pun bermula, aku keluarkan segala senjata yg aku ada termasuklah pensel warna LUNA yg pendek tu. Aku imbas kembali apa yg telah diajar oleh Abah dan ikut segala pesannya agar tidak melukis terlalu lama. 15 minit aku siap melukis dan tiba masanya mewarna. Naik semula semangat aku membuka kotak pensel warna yg baru tu. Abah setia menemaniku di sebelah. Masa aku tengah kusyuk mewarna, datang seorang peserta bersama guru pengiringnya membentangkan tikar utk melukis. Lambat sampai agaknya. Tiba-tiba….dia keluarkan sebuah kotak pensel warna yg besar...SWAN !!..Tak cukup dengan sekotak,dikeluarkan lagi kotak pensel yang penuh berisi pensel warna LUNA yg panjang. Sempat pula aku memandang peserta tu. “ Kakak, jangan buang masa !”. Arah Abah padaku. Dalam hatiku.." Hmm..die ade kaler besaaaarrr..aku ade kaler kecik je…ahh..kalau kaler besar tp tak pandai guna tak boleh gak! Aku mesti menang !!”. Aku memujuk diri sendiri. Aku pun mewarna dengan hati yg lapang sambil berbisik pada kotak pensel warna LUNA aku.." Walaupun ko kecik,aku kawan dgn ko..menang tau..tau tau tau..”. “ Pe kena kau ni Kak?”. Tanya Mak. Pelik dia tengok aku. Haha..Aku senyum je kat Mak. Lukisanku hampir siap. Tinggal lagi memperkemaskan warna nak memekatkan warna pada mana-mana tempat yg dirasakan pudar. Aku memang suka warna pekat-pekat supaya terang dan jelas. Aku tunjuk lukisan pada Abah. “ Abah,ok tak Akak lukis nih?..Ade ape lg yg nak ditambah?”. Tanyaku. “ Erm..ok dah. Jangan lupa tulis nama kat belakang. Tulis huruf besar sumenye tau biar senang pengadil nak tengok”. Abah aku ni memang seorang yg mementingkan kekemasan tulisan. Walaupun dahulu dia hanya pekerja kilang, dia sangat bersistematik dalam apa saja kerjanya. Aku pun tulis namaku dengan hati-hati supaya tidak salah ejaan. Tengah aku menelek lukisan, ada sekumpulan guru-guru pengiring dan makcik-makcik tengok lukisanku. “ Uishh..ade chance la budak ni nak menang..lawa haa.. ",bisik sesama diorang. Dalam hati aku.. " Aaminnnnnnnnn..". Aku mengaminkan saja. Huhu..walaupun aku tahu mesti ada yg lebih cantik dari lukisan aku. Aku berserah…

       Masa utk melukis pun dah habis, aku segera bangun dan berjalan ke arah meja urus setia. Masa berjalan tu aku sempat mengerling ke arah lukisan para peserta yg lain. Ada juga yg masih mewarna walaupun masa dah habis. Fuhh..boleh tahan jugak diorang ni. Aku buat muka biasa je. Tuhan saja yg tahu perasaan aku. Lepas hantar lukisan aku diberi sebungkus roti Gardenir dan secawan air teh suam. Aku pergi ke tempat kawan-kawanku bermain sementara menunggu penyampaian hadiah utk para pemenang. Aku tengok kawan-kawan..diorang ni tak rasa berdebar pun. Best je tgk diorang main. Aku plak tak sudah-sudah dengan perasaan berdebar-debar aku tuh. Aku kembali dapatkan Mak. “ Mak, mak rasa Akak boleh menang tak?”. Tanya aku utk mengurangkan debaran di hati. “Ishh..anak mak mesti menang punyaaa”. Haaaa…hilang siket debaran aku..huhu..Aku kembali bermain bersama kawan-kawan. Haii..biasalah..umur baru 8 tahun…kelakar pulak bila teringat semula…

       Sejam kemudian aku mengajak kawan-kawanku pergi ke bawah istana. Para urus setia sudah pun menggantungkan kertas lukisan para pemenang. Mula-mula aku pergi ke lukisan pertama digantungkan iaitu lukisan tuk tahap sekolah menengah. Rata-rata mereka menggunakan warna air. Cantik sangat. Tapi aku tak tahu gunakannya sebab tu aku tak hiraukan warna air tu. Aku hanya melihat lukisan dan terdapat di kertas itu sebentuk bintang yg ditulis atasnya ‘saguhati’. Aku beralih pula ke lukisan sebelahnya. Tempat ketiga…tempat kedua..tempat pertama…Erm..semuanya cantik. Aku pergi pula ke lukisan tahap kedua sekolah rendah. Begitu juga pandanganku. Semuanya cantik..Dari saguhati hinggalah ke tempat pertama. Kini..aku berada pula di lukisan utk tahap satu. Berdebar-debar sebab aku adalah peserta di tahap satu. Aku lihat lukisan di tempat sagu hati. “Fuhhh..cantiknya..ni baru saguhati nih..belum lg tempat pertama.” Bisikku sambil ingat semula apa yg telah aku lukis. Beralih pula lukisan tempat ketiga. Kali ni aku perhatikan lukisan dengan teliti yg mungkin. Tak seperti aku lihat lukisan tahap kedua dan menengah. Beralih ke lukisan tempat kedua. “ Hushhh..boleh ke aku menang nih”. Bisikku. Beralih pada lukisan tempat pertama…." Ha?????!!!! Ni Lukisan aku nih !!!!..Ish betul ke???..kut sama ngn orang..”. Aku berdialog sendiri. Lantas aku belek halaman belakang lukisan. “ Haha….ni memang aku punyaaaaaa !!!!!”. Tergelak bila dapat kepastian. Aku lihat atas lukisanku..ada bintang ditulis atasnya ‘ No.1’. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa….gembira bukan kepalang. Rasa dunia ni aku yang punya.

       Aku berlari dapatkan Abah dan Mak. " Mak Abah, Akak dapat no.1 !!!! ",jeritku pada mereka. “ Ye ke Kak ???? Alhamdulillahhhhh…”,ucap ayahku sambil tergelak besar. Lantas aku menarik tangan mereka menuju ke bawah istana tempat lukisanku digantungkan. Abah dan Mak melihat lukisanku yg tergantung sambil tergelak kerana tak menyangka aku akan menang dalam pertandingan ni. “ Wahhh..tahniah kak..tak sangka Abah Kakak dapat no.1. Sempoi-sempoi je kita ni..haha”. Abah ketawa lagi. Aku tersenyum puas melihat kegembiraan mereka. Dari situ aku berazam utk lakukan yg terbaik utk pertandingan melukis yg akan datang. Para peserta yg kurang berjaya kelihatan mereka mula beransur pulang bersama guru-guru mereka. Aku tetap di situ bersama Abah dan Mak. “ Mak, Akak tak sangka Akak boleh menang”,ujarku pada Mak. “Tulaa…mak dah kata..anak mak mesti menang punyalaaa”,balas Mak sambil menepuk belakangku. Aku senyum sendirian sambil melihat beg plastik yg kupegang…" Kaler LUNA pendek..hih i”,bisikku sendiri. Kali ni tak rasa rendah diri lagi. Aku senyum macam orang angau.

       Tibalah saat penyampaian hadiah utk tahap satu, " Tempat pertama jatuh kepada…Nur Shaliza binti Shafie dari Sekolah Kebangsaan Gunung Pasir " .(Nama lama sekolahku). Berlari aku ke arah tempat penyampaian hadiah. Aku bersalaman dengan penyampai hadiah. “ Kocik jo orang ea”,sempat pulak die mengusik aku. “ Terima kasih, Cikgu”. Ucapku padanya. Aku kembali pada Abah dan Mak yg masih bertepuk tangan dan ucapkan tahniah padaku. Sebelum pulang Cikgu Rodiah sempat mengucapkan tahniah padaku. Terima kasih yg tak terhingga pada Cikgu Rodiah kerana memberi aku peluang tuk aku bertanding.

       Kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Dalam perjalanan pulang Abah dan Mak tak habis-habis ketawa kerana tak menyangka aku akan menang. Aku di tempat duduk belakang pula sibuk buka hadiah yang aku dapat. Aku dapat hadiah tabung Bank Simpanan Nasional, buku mewarna, pensel warna, alat tulis dan sampul yg berisi RM50. “Fuiiyoo..Kak…ni dapat duit kena belanja nih”,seloroh Mak. “ Haha..Mak amek la duit tuh”. Balasku pula. Aku buka semula beg plastik putih tadi. Kusentuh pensel warna LUNA sambil tersenyum….." Alhamdulillah..aku menang. Aku akan guna LUNA ni sampai bila-bila ”,hatiku berkata-kata. Aku senyum puas….

                                                                            ……………………………………

Kisah ini adalah kenangan aku waktu pertama kali msuk pertandingan melukis. LUNA aku gunakan sejak 1997 hingga saya mengakhiri zaman melukis saya pada tahun 2005. Selama 8 tahun bersama LUNA pendek,banyak kenangan yg diperoleh. Semestinya aku merindui zaman itu. Setiap detik itu kusemat dalam hati dan ianya masih mekar hingga sekarang. Tak mungkin lupa sampai bila-bila.Terima kasih Abah,Mak,Cikgu Rodiah kerana memberi saya peluang utk mengasah bakat yg saya ada...(",)..Kepadamu LUNA..Aku rinduuuuuu....




p/s : 3.42 pagi waktu Maghribi aku telefon abah untuk ucapkan Selamat Hari Ayah. Abah kerja pagi. Kebetulan dia tengah kerja kat tempat pertandingan melukis. Jadi aku copy paste cerpen yg pernah aku tulis dulu khas buat abah tersayang. Aku pasti abah mesti merindui zaman dia ke hulu ke hilir hantar aku masuk pertandingan melukis. 

p/s 2: Terima kasih untuk segalanya abah. Semoga Allah melapangkan rezeki abah dan merahmati abah selamanya insyaAllah =)



No comments:

Post a Comment