Assalamualaikum wbt.
(( Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? )) - Surah ar-Rahman : 18
Morocco dan Maghribi. Dua nama satu negara. Tak banyak pendedahan yang aku tahu mengenai negara ini. Sampai suatu saat aku menerima satu khabar gembira bahawa aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di sini. Gembira bukan kepalang. Akhirnya hasrat arwah atuk, abah dan mak yang disimpan sejak 2002 tercapai jua untuk melihat aku belajar di tanah Arab. Aku gembira melihat abah dan mak gembira walaupun 5 permohonan aku untuk belajar kos kejururawatan tak berjaya. Kecil hati juga dengan Malaysia masa itu. Namun aku puas melihat sinar kebahagiaan yang terpancar dari wajah mak dan abah. Alhamdulillah.
Aku pun tak search pula pasal negara ini. Aku hanya bayangkan saja apa yang aku mahu gambarkan. Setibanya aku di sini, semua yang aku gambarkan meleset sama sekali. Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku. Semua nikmat yang diberikan-Nya melebihi dari cukup. Terlalu banyak nikmat yang diberikan tapi terlalu sedikit aku bersyukur pada-Nya. Astaghfirullahal'azim.
Imaginasi vs Realiti
1) Rumah
sangat berbeza
2) Tempat tidur
aku bayangkan aku tidur atas lantai
3) Makan
even makan kongsi pun merasa juga aku makan makanan favourite aku
4) Tempat belajar
salah lagi sangkaan aku
5) Personaliti
aku ingat bila tak makan secukupnya ada chance la aku nak kurus macam Siti. Tapi tak pulak =p..
Ada dua nikmat yang sering dilupakan.
1) Kesihatan.
# Aku sekarang berusaha untuk menurunkan berat badan. Aku target Jun 2012 aku akan capai berat badan ideal yang aku idamkan. InsyaAllah. Setakat ini baru turun 8 kg. Alhamdulillah.
2) Waktu lapang.
# Tadi aku nak nangis jawab exam. Tak pernah rasa down macam ni. Memang aku menyesal sebab tak gunakan masa dengan betul. Kadang-kadang aku tersasar juga even dah buat jadual harian. Kurang disiplin. Aku menyesal sangat. Tawakal pada Allah atas apa yang bakal aku dapat untuk exam final ni. Semoga Allah berikan aku keputusan peperiksaan yang membuatkan aku lebih dekat pada-Nya. Hanya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.
p/s : Selalulah bersangka baik pada-Nya kerana Dia adalah apa yang kita sangka..=)







No comments:
Post a Comment