Sunday, June 26, 2011

Celaru

Assalamualaikum wbt.

Malam yang sangat panas. Aku sengaja tutup laptop awal dan terus masuk bilik. Duduk atas katil sambil tangan berkipas. Seorang roommate tengok Nora Elena, seorang lagi layan Detektif Conan, pada aku pula ada sebatang pen dan sebuah diari. Fikiran aku mula melayang. Mata aku pandang Conan, tapi telinga aku dengar Nora Elena. Aku memang malas nak join diorang. Kalau join gerenti aku tidur dulu. Aku tak berapa layan movie sangat.

Aku buka semula diari. Baca apa yang pernah aku tulis sambil mata pandang ke arah diari 2009 yang berada di rak buku depan katil aku. Dalam banyak-banyak tarikh, aku paling ingat sekali helaian diari yang bertarikh 14 Oktober 2009. Sedih, tapi bersyukur. Sangat-sangat bersyukur.

Tutup diari. Tidur. Pukul 2 pagi Fatin kejut. Dia mahu bertolak ke Scotland bersama abang dan kakak iparnya. Kalau sebelum ni aku 'tinggalkan' Fatin. Tapi sekarang Fatin pula tinggalkan aku. Banyak sangat perubahan yang berlaku sejak Fatin hadir dalam hidup aku. Bersyukur pada Allah yang menemukan aku dengan Fatin di sini. Semoga Fatin sentiasa di bawah rahmat-Nya. Kini aku sendiri. Aku mesti berdikari walaupun tanpa Fatin. Aku mesti kembalikan Shaliza yang dulu.

Esok kemungkinan keputusan peperiksaan keluar. Esok juga bermula repeat paper bagi Ustazah Maryam. Semoga aku dan semua kawan-kawan lulus semua subjek untuk sem kali ini. Apapun keputusan yang bakal aku dapat, selesai urusan pemarkahan, aku akan uruskan pula urusan pemindahan universiti. Aku mesti selesaikan semuanya sebelum 19 Julai ni. Moga urusan aku dipermudahkan insyaAllah.

_________________________________________


Setakat ini saja. Lama aku tinggalkan qiam. Musim panas yang sangat mencabar iman tuk terjaga waktu malam. Kena mulakan hari ini. Sebenarnya aku rindu kat Fatin. Aku pergi ke meja belajar Fatin sambil baca apa yang ditulisnya pada dinding dengan harapan aku juga mendapat semangat untuk terus berusaha menjadi terbaik. Moga selamat perjalanan Fatin. Miss her so much.




p/s : Berikan kami kejayaan yang mendekatkan kami dengan-Mu, ya Allah...

No comments:

Post a Comment