((“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”))
Surah al-Baqarah : 216
Hari ini baru dapat result untuk subjek I'jaz Ilmi, I'jaz Tasyri3i, Fiqh Muqoran. Subjek lain tak keluar lagi. Tambahan pula Ustaz Hassan 'Alami masih musafir. Harapnya semua baik-baik saja.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk membaiki keputusan. Sepatutnya tadi juga ada repeat paper tapi Ustazah Maryam yang ajar aku I'jaz Ilmi dan Tasyri3i tangguhkan ke hari esok. Masa aku stay kat universiti tadi aku sempat baca semula apa yang ustazah ajar. Terima kasih pada Asna yang menerangkan kepada aku. Syukur sangat-sangat. Kalau nak diikutkan aku macam tak layak ambil repeat paper sebab jawapan aku masa exam hari tu sangat menyimpang dengan apa yang soalan nak. Aku memang lemah sikit belajar guna matbu3 semata-mata. Aku lebih faham jika sesuatu subjek itu diajar dengan menggunakan waqi3 sekarang. Apapun, insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk esok.
__________________________________________
Rehatkan kepala petang-petang ni sambil dengar lagu Freedom nyanyian Maher Zain. Datang pula idea nak letak yogurt asli kat atas muka ni. Masa dulu aku rajin letak bedak sejuk. Sekarang aku ada lagi sebotol bedak sejuk tapi dah nak habis. Sayang nak guna aku tukar ke yogurt. Aku campurkan sikit kikisan kayu manis untuk hilangkan parut jerawat. Elok takde parut menggatal lagi tangan picit jerawat. Padan muka. Bagi siapa yang mempunyai kulit wajah sensitif anda digalakkan untuk tidak menggunakan kayu manis. Sangat perit ok.
Teringat pula zaman kecik-kecik dulu. Boleh la nak kata aku seorang budak kampung. Dulu tak main alat-alat kecantikan wajah ni. Penjagaan kecantikan aku semuanya aku guna berasaskan semulajadi. Di samping guna bedak sejuk, sekali-sekala aku pakai telur ayam kampung untuk ditepekkan pada muka. Pagi-pagi aku cari telur ayam sampaikan arwah atuk aku boleh tahu telur ayam mana yang kena curi. Hehehe. Dalam pukul 7 pagi aku kalau cuti aku keluar ke halaman rumah tanpa memakai selipar dan pijak rumput-rumput yang berembun. Baru aku tahu apa yang aku buat tu sebenarnya salah satu petua untuk awet muda.
Bila sabun mandi habis, aku guna daun senduduk untuk jadikan sabun. Gosok-gosok sampai keluar buih. Kalau luka pula aku gunakan daun jepon untuk menghentikan darah yang mengalir. Kalau nak pekatkan inai guna daun sirih dan sedikit arang. Tapi masa aku sekolah dulu abah pantang kalau tengok tangan anak dia berinai. Kalau nak pakai inai pun masa musim cuti sekolah yang panjang ke baru boleh pakai, itupun dia pandang semacam je. Langkah selamat, baik tak payah pakai.
Kalau ada panau atau kurap, aku guna daun lenggang. Gosok-gosok dan tonyohkan kat muka. Memang perit gila. Bila nak pergi memotong getah pulak. Haaaa...jangan tak tahu. Masa kecik aku dengan sepupu yang lain selalu ikut arwah atuk dan wan perigi memotong. Memang tahap gadis kampung betul la. Pagi-pagi buta masa cuti Sabtu Ahad, arwah atuk akan gosokkan daun tembakau pada kaki aku supaya pacat tak naik atas kaki. Almaklumlah, walaupun aku gadis kampung, aku sangat geli pada pacat dan lintah. Sepupu aku pernah adakan satu sesi pembelajaran bagaimana untuk memegang lintah dan pacat. Gila ! Hahaha. Pagi memotong, petang pun datang semula untuk ambil susu getah. Setiap seorang dari kami akan bawa memakai baju buruk, dan baldi. Berebut nak menang siapa paling penuh baldi dengan susu getah. Rindunya saat itu..=(
Bila takde air, perigi dan jeram tempat kami lepak satu keluarga sambil bawa baju kotor dalam beg sekolah masing-masing. Berendam sampai kecut tangan. Tapi sejak ternampak anak beruang kat jeram terus abah aku tak kasi lagi aku mandi jeram.
Permainan kami pun berasaskan alam saja. Kucing kami jadikan sebagai latihan untuk lumba lari. Walaupun kami lari dulu dari kucing, kucing kami tetap akan sampai dulu sampai ke pintu pagar. Hish, tak puas hati betul aku tambah-tambah lagi dengan muka kucing yang innocent tu. Tak bagi chance langsung kami menang.
Aktiviti petang selepas balik dari sekolah, kami memancing kat kolam belakang rumah. Pakngah beli ikan talapia. Bila ikan dah besar, kami cari buluh masing-masing kat hutan buat pancing. Kami berempat masa tu. Sambil tunggu ikan,masing-masing lepak atas pokok manggis sambil baca majalah Ujang. Dapat ikan kami buat bbq sementara wan buatkan asam tuk cecah ikan. Tak cukup dengan memancing, datang idea buat rakit. Best giler. Pakcu aku buatkan rakit siap atas tu letak tikar getah dan kusyen buruk. Pencakar rumput plastik arwah atuk kami jadikan sebagai pendayung. Lepas tu ayah aku pulak buat dia punya rakit. Kami sama-sama turunkan rakit ke dalam kolam. Tiba-tiba pakngah aku pulak suruh bukak semua rakit tu. Alasan dia bahaya kami budak kecil main kat kolam. Jadi rakit tu ditukar menjadi pangkin. Hahaha. Muka masing-masing tak boleh blah. Tapi betul juga kata pakngah tu. Kalau aku jadi ayah pun aku risau anak aku main kat kolam.
Kami pernah buat khemah plastik kat ladang getah, habis khemah kami bila seekor kerbau masuk dalam tu. Adoi. Penat tu cari kayu kat hutan. Pastu kami buat replika rumah kecil menggunakan kayu-kayu kecil dan cucuk ke tanah. Aku, asal nampak kerbau je terus lari masuk halaman rumah.
Banyak lagi cerita aku masa kecik-kecik dulu. Setakat ini dulu. Nak solat dan baca apa yang patut. Esok repeat paper. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.
p/s : Zaman kanak-kanak hanya sekali, zaman anak dara hanya sekali...Many things happen ONCE in a lifetime.


No comments:
Post a Comment