Teringat aku akan kisah lama pada tahun 1998…mengisahkan aku si pelukis sekolah yg tercinta..Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah, Seri Menanti…Kali pertama aku terpilih tuk pertandingan melukis bawah tajaan Bank Simpanan Nasional (GYRO) di Istana Seri Menanti sempena Hari yang DiPertuan Agong dan Adat Perpatih.
Pada suatu hari." Abah, Akak kena masuk pertandingan melukis”,kataku pada Abah. “Yeke,lukis kat mana? Apa tajuk dia?”.Tanya Abah. “Tajuk dia ‘Suasana Dalam Bank’, pertandingan tu kat Istana Seri Menanti. “Okeh,Abah pergi beli alat tulis. Apa yang kau takde? Pensel? Pemadam? Pembaris panjang? Kaler? Kaler lama ada lagi kan?”.Tanya Abah. Jawabku, " ermmm….ada tapi pensel pendek je,pembaris panjang dah patah,kalerrrrr…errr…ade..tp dah pendek pastu ada yg hilang ". Dalam hati tersimpan hasrat nak memiliki pensel warna SWAN yg besar seperti kawan-kawanku di sekolah. Mereka mewarna dgn hati yg gembira sbb ada pensel warna yg cantik dan besar. Ada 24 batang semuanya…tp…mesti mahal…xpelah…nak mintak takut plak kut menyusahkan. Aku mmg dpt agak Abah mesti beli pensel warna LUNA yg pendek. Aku diamkan je…….
Pulang je dari kedai,aku tengok dalam plastik merah yang Abah pegang. Dalamnya ada 2 batang pensel 2B, 1 pemadam, 1 pembaris panjang, 1 pengasah dan segulung kertas drawing block.“Kakak,meh sini Abah ajar Kakak mcm mana nak lukis. Nanti masa pertandingan bawa lukisan ni skali. Kakak tiru je ok…tp jgn tunjuk kat depan orang. Abah lukis ni Kakak ingatlah macam mana,bila lupa baru tengok balik”, pesan Abah. “ Ok..Akak ingat”,balasku.
Malam tu kami dua beranak pun memikirkan apa yg nak dilukis. Mula-mula aku tunjukkan lukisan aku pada Abah. Kebetulan hari tu ada kelas Pendidikan Seni. Cikgu Rodiah ada lukiskan 2 lukisan contoh suasana dalam bank. Abah pun terus melukis mengikut apa yg aku tiru dari Cikgu Rodiah dan menambah apa-apa yg patut bg menaikkan suasana dalam lukisan itu. Aku sempat menjeling ke arah muka Abah yg sedang khusyuk melukis tu. Tersenyum aku….Dalam hati..Aku gembira punyai ayah yang menghargai minatku. Terima kasih, Abah…=)
Dalam masa melukis, Abah sempat pesan padaku. "Nak lukis ni,kalau dia bg masa 2 jam,gunakan 15 minit je tuk melukis. Jangan beriye sangat sampai tekan2 pensel. Nanti nak padam ada kesan jd lukisan tu tak kemas. Lukis biasa je tp titik beratkan teknik mewarna. Padam-padam ni buang masa melukis,ingat tu ",pesan Abah. " Okey ", balasku.
Selesai melukis, Abah pun merasmikan pensel warna LUNA yg baru dibeli td. Bila buka je kotak Luna tu..waaaa…naik semangat aku sbb tgk pensel warna yg masih belum diasah. Abah pun mewarnakan lukisannya sambil menunjukkan padaku teknik mewarna dengan betul. Katanya kalau mewarna tu biar sekata..kalau mengereng,biar dari awal sampai akhir pon mengereng. Jangan sekejap mengereng,kejap menegak,kejap melintang…Hmmm..banyak aku belajar dari Abah..Yelah,umur masa tu pon baru 8 tahun. Aku mesti tebus kesilapan yg aku buat masa pertandingan mewarna waktu TADIKA dulu. Masa Abah sedang mewarna aku tengok Abah tekan pensel warna tu… " Abah, janganlah tekan kaler tu…nanti pendek la kaler Akak ", pinta aku sambil muncungkan bibir. Jawab Abah “ Kalau tak tekan macam mana Abah nak ajar mewarna”. “ Yelaaaaa..”.Jawabku.
Akhirnya selesai juga lukisan kami. Sambil mataku terbeliak pandang lukisan Abah.." Wahhhhh..cantiknyaaaaaa”, selorohku. “ Ok, tengok macam mana Abah lukis,dan ingat apa yg Abah lukis. Esok Kakak lukis macam ni ok?”. “ Ok !!”.Jawabku ceria walaupun mata dah berair menahan ngantuk. “ Dah,pergi tidur,besok bangun pagi. Siap-siapkan baju sekolah letak satu tempat,esok nak pertandingan takde nak kelam kabut. Biar Abah asah sume kaler ni. Nanti Abah letak semua barang dalam beg plastik,pastu Abah letak atas meja belajar. Kakak gi tidur”. Arah Abah padaku. Haaa..aku senyum dalam selimut. Tak sabar-sabar nak bertanding. Tapi masih teringatkan pensel warna SWAN tu…
Dan keesokan harinya……………………………………………………………..( bersambung )

Segalanya bermula di sini...


No comments:
Post a Comment