Hari ini sangat panas. Aku berpeluh macam baru lepas jogging 20 kilometer. Proses pembakaran lemak berlaku. Jimat duit aku sebab aku memang ada niat nak masuk sauna. Sepanas-panas rumah aku, panas lagi hati aku. Sebenarnya ada beberapa perubahan yang berlaku kat aku. Disebabkan perubahan itu, aku hampir tak sedarkan diri. Bila emosi menguasai diri, akal seakan tak dapat digunakan sewarasnya.
Aku hampir nak meletup tadi. Rasa macam nak jerit sekuat hati, nak melepaskan segala api kemarahan yang membara. Astaghfirullahal'azim. Sangat menyeksakan bila menahan kemarahan. Mula lah lepas tu nak letak status lepas geram kat FB, nak jerit sekuat hati biar satu villa ni dengar aku jerit, nak lepaskan je kat siapa yang buat aku marah and so on. Alhamdulillah, aku sedikit pulih selepas solat tadi. Tak jadi aku buat status mengarut. Tak matang ! Umur dah 21 kan, kena pandai bertindak matang.
Ya Rasulullah, sungguh aku bukanlah wanita semulia isteri-isterimu. Aku tak cukup kuat untuk menghadapi segala ujian yang mendatang. Aku dah cuba sedaya upayaku. Ya Rasulullah, seandainya kau berada di sisiku, tentu aku tak sedih macam ni. Tentu hilang segala kepenatan dan segala kemarahan aku terhadap orang yang buat aku macam ni. Aku tahu tarbiyah itu suatu yang memenatkan. Memeritkan. Sungguh ya Rasulullah, aku sangat merinduimu walau aku tak pernah sekalipun menatap wajahmu.
Lepas solat tadi, aku buka lagu I Believe nyanyian Irfan Makki feat Maher Zain. Lirik yang sangat menusuk jiwa. Jom sambil tu dengar lagu ni.
I Believe ~ Irfan Makki feat Maher Zain
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu meluahkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
Aku tahu, melepaskan kemarahan bukan satu jalan penyelesaian. Aku jenis suka meluahkan apa yang aku suka, tapi memendam apa yang aku benci. Memendam apa yang dibenci. Ayat yang agak menunjukkan aku seorang pemendam dan pendendam. Sungguh aku bukan seorang pendendam. Aku hanya memendam dan biarkan perasaan benci itu berlalu dengan sendirinya.
Mungkin sebab aku anak sulung, dari dulu aku hanya memendam apa yang aku rasa, biasa mengalah demi adik-adik. Menangis salah satu cara aku melepaskan kemarahan. Lepas menangis mesti penat. Bila penat aku akan tidur. Lepas tidur, kemarahan aku mula surut dan terkadang aku terlupa dengan apa yang membuatkan aku marah.
Apa yang penting bagi aku, aku mahu ke sana dengan segera. 24 hari lagi. Aku harap, di sana nanti aku akan belajar sesuatu. Belajar tentang kehidupan, belajar tentang cinta, cinta yang mendekatkan aku dengan-Nya, cinta berukhuwah. Hidup aku kosong. Aku seakan-akan ketinggalan sedangkan kawan-kawan di sana menyibukkan diri dengan tarbiyah diri. Aku tak kisah walaupun kena bermula dari bawah. Inilah cinta aku. Inilah pilihanku. Inilah jalanku.
Abaikan saja segala perkara yang menyalakan api kemarahan. Semoga Allah tetapkan hati aku untuk terus tetap atas jalan ini. Biar Allah sahaja yang memujuk hatiku. Aku hanya yakin pada Dia. Dia yang menciptakan hati-hati hamba-Nya, dan Dia jua yang menyusun hati-hati hamba-Nya. Terima kasih ya Allah....
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Ya Rasulullah...I miss You~
p/s : Seandainya kau bersama kami ya Rasulullah...



No comments:
Post a Comment