Assalamualaikum wbt.
Kenangan manis ini terjadi pada hari puasa pertama pada tahun 2010. Tahun itu aku berpuasa di Malaysia. Aku dan mak masak sama-sama untuk hidangan sahur. Lepas sahur, macam biasa aku kemas-kemas meja makan dan dapur. Hampir-hampir nak azan, si buah hati kesayanganku, Baby Gyro pulang ke rumah dalam keadaan bising-bising nak makan. Aku selaku kakak sulung pula dah biasa membebel dengan adik-adik aku, dan Baby Gyro pun tak kurang kena tempiasnya sebab Baby Gyro pun aku dah anggap dia macam adik aku.
Aku pun mulalah membebel ke kucing aku ni sebab balik rumah lambat, orang semua dah selesai sahur. Tengah-tengah bebel pun tangan aku berjalan juga sediakan makanan untuk Baby Gyro. Masa tengah sediakan makanan Baby, azan berkumandang. Aku pun letakkan pinggan Baby yang berisi makanan itu ditempat biasa Baby makan. Aku tengok Baby hanya memandang sahaja makanan yang aku sediakan tu. Aku pun pelik. Aku tanya Baby kenapa dia tak makan. Dia hanya memandang aku dengan penuh sayu. Lantas aku pun menyuapkan nasi yang digaulkan sekali dengan sardin ke mulut Baby. Baby mengelak dari tangan aku yang berisi nasi dia dari terkena mulut. Aku cuba lagi untuk suapkan, masih juga dia mengelak. Masa itu azan masih berkumandang. Lepas selesai azan, Baby terus keluar rumah. Dia senyap je. Aku lagi pelik. Sebab Baby ni mulut dia bising masa keluar rumah kalau tak ada makanan dalam pinggan dia. Aku dah siap nak suapkan nasi ke mulut dia lagi, dia pula berlalu macam tu saja.
Lepas Zuhur, aku dan mak serta adik-adik yang lain dah terbungkang kat ruang tamu. Masing-masing dah tak larat nak buat kerja. Masa itu juga Baby pulang ke rumah. Dia tengok kami dah terbungkang, akhirnya dia pun ikut sama terbungkang. Nampak penat sangat je Baby masa itu. Aku tergelak je tengok kerenah buah hati aku seekor ni. Petang-petang sikit dia keluar rumah lagi.
Tiba masa azan Maghrib berkumandang. Kami pun bersiap sedia di meja makan. Baby Gyro pulang ke rumah dan terus duduk bersama kami. Masa itu barulah aku perasan, masa azan Subuh tadi aku nak suapkan nasi ke mulut Baby tapi Baby mengelak. Baby pun puasa rupanya. Haha. Macam-macam perangai betullah si Baby nih. Disebabkan Baby tak makan seharian, mak abah pun meraikan Baby dengan mengajak dia makan berbuka bersama kami ( macam orang pulak ).
Tapi Baby puasa sehari je. Haha. Hari-hari yang lain dia sahur bersama kami, tapi dia berbuka awal sikit dari kami. Lepas dia berbuka, dia terus keluar rumah. Dia tak menggangu pun kami berbuka puasa. Memang patutlah mak abah sayang sangat kat dia ni. Sampai aku kadang-kadang cemburu dengan layanan abah pada Baby. Rindu sangat pada Baby. Moga ada rezeki lagi untuk bertemu dengan buah hati aku seekor ni.
Miss you, Bibit cintaku !!
p/s : Bila Baby malas, dia hanya akan menggerakkan ekor sahaja untuk sahut panggilan orang.
p/s 2 : Aku pernah buat eksperimen ke atas Baby terhadap nama yang Baby suka bila dipanggil.
1) Bibit / Jibit : Ekor dia dihentakkan kuat dan berulang kali. Ni gelaran yang diberi oleh abah. Sebab tu dia bersemangat sikit.
2) Baby : Ekor dia dihentak perlahan dan berulang kali. Dia relax je sebab ini memang nama dia yang sebenar. Abah seorang je yang tak panggil dia dengan gelaran ini.
3) Gyro : Sangat perlahan. Sebab jarang digunakan.
p/s 3 : Aku tak boleh belajar kalau aku tersangat rindu pada Baby. Hatta tengah exam pun akan terbayangkan Baby.
Pelajar IPG PDPLI 2017
7 years ago


No comments:
Post a Comment