Assalamualaikum wbt.
Semalam bersamaan 20 Ogos 2011, aku ke Medan Tahrir atas urusan visa. Visa pelancong aku selama sebulan di Mesir sudah tamat tempoh. Jadi aku ke sana untuk memperbaharui visa pelancong. Aku ke sana bersama sahabatku Sakinah Shapeni. Kami sama-sama kursus persediaan ke timur tengah dulu. Sahabat aku ni bakal doktor insyaAllah.
Urusan memperbaharui visa mengambil masa selama dua jam untuk siap. Jadi disebabkan puasa, kami pun tidaklah bercadang ke mana-mana restoran atau shopping mall yang berhampiran di Medan Tahrir. Cuaca sangat terik ketika itu. Jadi aku mencadangkan agar tunggu sahaja di masjid. Boleh rehat-rehat di sana.
Sedang rancak berkongsi pengalaman dengan sahabat aku, seorang wanita Arab yang cantik bertudung litup gaya wanita Malaysia pakai tudung masuk ke dalam dan duduk berhampiran kami. Bersama wanita itu seorang bayi perempuan yang comel dan masih merah lagi. Aku segera menghampiri wanita cantik itu dan meminta izinnya untuk mengambil gambar anaknya. Aku ni memang excited sikit kalau jumpa bayi. Lepas je ambil gambar bayinya, aku meminta izin untuk memangku bayinya ke pangkuanku. Teruja juga aku bila wanita itu mengizinkan.
Mulai saat itu aku mula berkenalan dengan wanita cantik itu. Namanya Muna berumur 22 tahun. Muna berkahwin tahun lepas. Bayinya pula bernama Aayat berusia 10 hari. Maknanya dia kahwin masa umur aku sekarang.
Muna nampak aku pakai cincin. Dia terus tanya sama ada aku sudah bertunang atau belum. Terdiam aku sekejap sambil sempat memikirkan tentang diri aku. Aku hanya senyum dengan pertanyaan Muna.
Aku rasa masih tak layak lagi nak mencari cinta saat ini. Banyak perkara yang ada dalam fikiran yang menyebabkan aku ketepikan dahulu soal perasaan. Diri aku pun belum aku islah sepenuhnya. Banyak hak-hak keluarga yang belum tertunai. Inilah antara sebab-sebab mengapa aku memilih untuk menghabiskan masa cuti di Mesir walaupun mak aku meminta aku untuk pulang ke Malaysia. Di Mesir inilah aku mahu terapkan biah solehah dalam diri aku seterusnya manfaat buat keluarga tersayang.
Moga Allah meredhai niatku untuk memperbaiki diri. Aku kembali merenung dalam ke wajah suci bayinya yang aku pangku saat itu. Aku tertanya sendiri. Bilakah agaknya?

p/s : Bak kata Azma sahabat aku di Morocco.." jawablah haza min fadhli Rabbi "...
Haha..jawapan yang aku tak boleh terima...ngokngek Azma ! :p

No comments:
Post a Comment