Tuesday, August 9, 2011

Kafarah

Assalamualaikum wbt.

Kesusahan demi kesusahan. Itulah gambaran keadaan aku yang berada di bumi anbiya' Mesir waktu ini. 6,7 dan 8 Ogos, aku menghadiri program tarbiyah di Sayyida Zineb. Hari pertama program tiba-tiba aku diserang demam panas. Tak ada selera nak berbuka bersama sahabat-sahabat yang lain. Aku hanya memerhatikan mereka dari dalam bilik. Tekak loya. Minum air kosong pun tak lalu. Hari kedua pula, loya semakin teruk. Dalam keadaan berpuasa aku menahan diri dari muntah. Aku tak boleh bercakap sangat. Asal aku nak cakap je mesti muntah nak keluar. Hari ketiga aku masih berpuasa. Datang pula cirit-birit yang memerlukan aku untuk pergi ke tandas pada setiap minit. Banyak betul dugaan aku di bulan puasa kali ini. Tambah pula di tempat yang panas terik macam ini.

Dalam perjalanan pulang dari Sayyida Zineb ke Asyir semalam, aku masih lagi loya. Puas aku tahan muntah. Tak larat betul aku masa tu. Tapi rahmat Allah itu maha luas. Sampai je Bait Iman, aku disahkan datang bulan. ( mcm pregnant pulak :p ). Alhamdulillah. Syukur tak terhingga bukan sebab gembira tak puasa, cuma bolehlah aku makan ubat untuk elak penyakit ini dari terus melarat terutama masa bulan puasa ni. Bukan semudah itu aku boleh gembira. Sengugut dan sakit tulang kat pinggang ni memang biasa akan datang bila datang bulan. Allah saja yang tahu apa yang terbaik. Sebenarnya apa yang aku alami sekarang sangat bahaya dan boleh mendatangkan maut. Aku sekarang diserang Diarrhea. Kalau nak tahu bolehlah tengok kat link ini. Hatta sekarang ini aku masih belum sembuh. Tak tahu sampai bila.

Bila muhasabah semula, apalah sangat ujian yang Allah timpakan pada aku kalau nak dibandingkan dengan para sahabat yang berjihad dan berperang di jalan Allah pada bulan Ramadhan demi menegakkan Islam di muka bumi ini suatu ketika dahulu. Andainya semangat mereka luntur, adakah kita sekarang masih merasai manisnya nikmat Islam pada hari ini? Hanya dengan semangat mereka berjuang, aku masih lagi boleh tersenyum lebih-lebih lagi di tengah-tengah ukhuwah yang terbina antara akhowat-akhowat di Mesir ini. Subhanallah, hasil tarbiyah mereka sangat mengagumkan aku. Aku bersyukur ditemukan dengan mereka. Di sini aku mula belajar apa itu tarbiyah. Alhamdulillah.

Bercakap mengenai para sahabat yang berperang di bulan Ramadhan. Tergerak untuk aku menyenaraikan antara perang-perang yang berlaku di bulan Ramadhan. Moga ini dapat meningkatkan iman dan semangat kita dalam mengejar kebaikan insyaAllah.

Berikut beberapa rentetan peperangan sekaligus kemenangan yang pernah terjadi pada bulan Ramadhan;

# Ramadhan 2H - Perang Badar

Ibnu Hisyam menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Perang ini terjadi pada pagi Jumat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

# Ramadhan 5H - Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Strategi ini ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Hal ini diusulkan Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaidah setelah pasukan muslimin berjaya memecah belah pasukan musuh.

# Ramadhan 8H - Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

# Ramadhan 9H - Perang Tabuk

Pada tahun 629 M Rasulullah Saw. memutuskan untuk melakukan aksi preventif,yakni ekspedisi ke wilayah tabuk yang berbatasan dengan romawi. Setelah sampai di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan Bizantium ataupun sekutunya.

# Ramadhan 10H - Ekspedisi Yaman

Rasulullah Saw mengutus pasukan dibawah pimpinan Saidina Ali Ra, ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku yang berpengaruh di Yaman langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka sholat berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

# Ramadhan 53H - Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.

# Ramadhan 92H - Pembebasan Spanyol

Paglima tentera Islam, Tariq bin Ziyad memimpin 12.000 tentera Islam berhadapan dengan tentera spanyol berjumlah 90.000 yang diketuai sendiri oleh Raja Frederick. Pada peperangan ini, untuk menambah semangat pasukannya, Tariq bin Ziyad membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, apakah mati tenggelam , atau mati syahid.”

# Ramadhan 129H - Kemenangan atas Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

# Ramadhan 584H - Pembebasan Palestina

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia istirahat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam”. Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan.

# Ramadhan 658H - Perang Ain Jalut

Saat tentera tartar memasuki Baghdad, mereka membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Musibah ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semua kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertemu dengan mereka pada Jumat, 6 September 1260M di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran.

_____________________________

# Ramadhan 1432H - ???

Perang apakah yang (akan) terjadi pada Ramadhan sekarang ini?
Apakah Ramadhan ini kita bisa berperang membebaskan Palestina, Iraq dan Afganistan?
Bilakah Penaklukan Kota Roma, yang telah dijanjikan oleh Rasulullah Saw. akan terwujud?

_____________________________

KITA PADA HARI INI = MEREKA PADA MASA HADAPAN

Bagaimana mungkin kita menginginkan anak sehebat Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah meninggalkan qiyamullail seandainya kita sendiri tidak mendirikan solat malam.

Bagaimana mungkin kita mahukan anak sehebat Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestin andai kita tak menjadi ibu yang menyuntik semangat sayangkan agama pada anak-anak.

Aku pun masih baru dalam tarbiyah. Masih memerlukan sokongan dan dorongan dari insan-insan yang bernama sahabat. Moga Allah menetapkan kakiku atas jalan ini insyaAllah.
Ramadhan Karim untuk semua yang mengenaliku. Jadi Ramadhan kali ini sebagai titik tolak kita untuk terus bersemangat menjadi hamba yang soleh dan solehah insyaAllah.

KUN RABBANIYAN WA LA TAKUN RAMADHANIYAN.....


p/s : Semakin banyak cakap semakin banyak diuji. Ingatkan aku seandainya aku terlupa ~~

No comments:

Post a Comment