Assalamualaikum wbt.
Je suis celibataire. Tahu tak maknanya? Ayat ini dari bahasa Perancis yang bermaksud ' saya solo '. Kalau dalam bahasa Inggeris, 'i am single'. Bukan nak promot diri ini single. Cuma nak mengkhabarkan bahawa aku sekarang sedang mengalami kebosanan yang melampau. Ya memang ramai kawan-kawan aku kat Mesir ni. Aku tetap rasa sorang-sorang. Aku gelak-gelak dengan kawan-kawan, duduk antara mereka tapi masih juga rasa keseorangan.
Dari awal duduk Mesir aku selalu bergerak seorang diri. Pergi kelas sorang, pergi sini sorang, pergi sana sorang. Kalau sesat pun sorang-sorang. Kengkadang rasa macam putus asa pulak nak duduk Mesir lama-lama. Tapi sama je kalau aku duduk Morocco pun. Bukannya aku keluar rumah sangat pun. Duduk Mesir ni memang nak tak nak kena keluar rumah jugak. Tambah-tambah lagi kat Mesir memang sangat banyak program kena sertai. Sedihnyaaaaaa. Kesedihan dan kebosanan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Takde mood nak tulis + cakap........
Terasa nak nangis tapi tak tahu apa yang nak ditangiskan...
Sendiri dan terus sendiri.........................................................................................................
p/s : Semoga aku diberi petunjuk....
Pelajar IPG PDPLI 2017
7 years ago


No comments:
Post a Comment