Thursday, August 4, 2011

Akhirnya !!

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama aku mengumpulkan kekuatan dan keberanian, akhirnya aku berjaya juga ke kelas al-Quran dengan menaiki tremco yang berharga 1 genih pergi dan balik seorang diri. Bukan sebelum ini aku tak pernah keluar seorang diri, cuma asal aku keluar je mesti aku gunakan teksi. Selalunya kalau aku gunakan teksi ke kelas al-Quran, aku akan menggunakan 8 genih untuk tambang pergi dan balik. Hari ini, jimat 7 genih.

Dah kena bebel dengan kawan-kawan di rumah Negeri Sembilan, barulah aku terbuka hati untuk naik tremco di sini atas faktor keselamatan juga. Haritu aku ke rumah N9 seorang diri, diorang semua tercengang tambah-tambah lagi aku naik teksi. Kawan-kawan N9 aku ni memang dah biasa berteman kalau nak ke mana-mana. Mungkin sebab itu buatkan dia terkejut tengok aku datang seorang diri. Kata mereka kalau naik tremco, dalam tu ramai orang. Kalau naik teksi, hanya kita dengan pemandu saja yang ada dalam tu. Aku pulak duduk Morocco dah biasa naik teksi kalau nak ke mana-mana. Jadi pagi tadi aku paksakan juga diri aku untuk naik tremco untuk ke kelas al-Quran.

Memang tak dinafikan sebenarnya aku ini seorang yang penakut juga. Tapi buat-buat berani sebab bila dah duduk Mesir ni, kena banyak bergerak sendiri. Malas juga aku nak bergantung pada orang lain. Nak tak nak mesti jadi berani. Bila dah sampai di tempat yang dituju, Allah uji pula aku dengan berjalan sambil dikelilingi oleh kawanan anjing. Dalam hati aku Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati ini.

Duduk di Mesir sangat memerlukan tahap tawakal pada Allah yang sangat tinggi. Tambah-tambah lagi orang penakut macam aku ni. Duit memang aku tak berani nak simpan dalam beg. Aku biasanya akan letak duit dalam stokin. Tapi kalau setakat duit syiling 5 genih tu aku pegang je kat tangan. Telefon bimbit pun aku letak dalam seluar. Jadi dalam beg aku hanya ada buku. Keluar je rumah mulut aku ni tak berhenti baca ayat Qursi mohon Allah beri keselamatan sampailah aku tiba di tempat yang aku tuju. Bila keluar dari rumah ustazah yang ajar aku Quran pun aku baca lagi ayat Qursi sampai tiba di rumah pula. Aku jalan laju-laju terutama bila jalan seorang diri sebab kawasan yang aku duduk sekarang tak berapa ramai orang yang lalu-lalang, sunyi je. Ini cara aku bertawakal. Selebihnya aku serahkan kepada Allah atas apa yang bakal terjadi padaku nanti. Sangat mohon yang terbaik dari-Nya.

Lepas ini aku nak banyak bergerak lagi. Banyak benda lagi yang aku nak explore di Mesir ni buat bekalan bila dah sampai Morocco nanti. Moga diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dari-Nya insyaAllah. Rindu sahabat-sahabat di Morocco. Moga mereka diberkati Allah selamanya.

Google image : Selama ni teksi nilah yang aku naik sebab pakai meter.

Google image : Teksi ini aku tak berani lagi nak naik sebab aku tak hafal tambang utk ke suatu tempat.

Google image : Jadi inilah tremco yang aku baru nak belajar menggunakannya.






p/s: Dengarnya akan ada rehlah berjalan sejauh 20 kilometer pada bulan Ramadhan ni sempena mengingati perjuangan sahabat dalam menyertai perang di bulan Ramadhan. Kena kumpulkan stamina dari sekarang. Chaiyok, Shaliza !!

No comments:

Post a Comment