Satu perangai aku yang kadang-kadang membuatkan abah dan kawan-kawan aku bising dengan aku. Aku selalu biarkan telefon bimbit aku tak charge berminggu-minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan. Aku keluar rumah pun jarang bawa telefon bimbit. Telefon bimbit memang satu keperluan bagi semua orang. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu meremehkan telefon bimbit. Kesian abah, penat dia belikan untuk aku tapi jarang sekali aku menggunakannya.
1) Motorola V360
Ini telefon bimibit pertama yang aku miliki. Abah hadiahkan kepada sebulan sebelum aku berlepas ke Maghribi pada tahun 2008. Aku letak kad sim nombor Meditel aku. Sekarang ini dia ada di atas drawer aku kat ruang tamu kedua. Aku tak ingat berapa bulan entah aku tak charge telefon ni. Apa yang aku pasti, cuti musim panas ni aku akan kirimkan kepada mana-mana pelajar yang mahu pulang ke Malaysia untuk dikirimkan ke mak. Aku sedih sebenarnya nak kasi telefon bimbit aku yang pertama ni. Tapi kesian juga kat mak sebab telefon bimbit mak dah tak berapa nak elok. Jadi mak lebih memerlukan. Namun begitu aku harap suatu hari nanti aku akan dapatkan semula telefon ini daripada mak dan aku belikan mak yang baru insyaAllah.
2) Nokia 1209
Inipun abah yang belikan tahun lepas. Aku letak kad sim nombor Maxis aku untuk berhubung dengan orang di Malaysia. Salah aku juga sebab tak charge. Bateri dia pun dah kembung. Bateri dia habis bukan sebab aku guna, tapi sebab aku tak guna. Aku charge dan bateri habis sebab lama sangat tak guna. Telefon bimbit ini pula sekarang berada dalam kotak yang aku letak segala macam charger aku.
3) Samsung Wave525
Ini telefon bimbit yang aku beli sendiri walaupun hakikatnya menggunakan duit abah juga. Aku beli pada 18 Februari 2011. Ada peristiwa pahit yang terjadi masa hari aku beli telefon ini. Dengan mata yang sepet, muka yang sembam kerana menangis, aku beli juga benda ni. Telefon ini sekarang berada dalam beg yang aku pakai untuk ke kuliah. Aku letak kad sim untuk nombor Inwi. Dah dua minggu lebih kut aku tak charge. Seingat aku, selama aku pakai Samsung aku baru topup tiga kali. Kredit aku habis pun bukan aku yang guna sangat. Kadang-kadang kawan aku yang guna. Aku ingat nak kasi mak guna telefon aku yang ini sebab aku sayangkan Motorola aku tu. Tapi macam tak sesuai pula untuk mak, sebab mak tak berapa reti guna touch screen dan tambah pula tempat kerja mak yang sebegitu. Jadi aku akan bagi mak Motorola aku tu.
___________________________
Okey sekarang baru aku perasan betapa zalimnya aku pada abah dan ketiga-tiga benda ini. Aku tak menghargai langsung hasil titik peluh abah demi menyenangkan dan menggembirakan aku. Ramai orang yang nak sangat telefon bimbit, tapi aku yang ada banyak telefon bimbit ini pun langsung tak menghargai dengan apa yang aku ada.
Hari ini aku akan charge semua telefon bimbit aku. Motorola nanti aku akan poskan ke Malaysia. Nokia aku belum pasti lagi sama ada aku akan poskan atau tak. Sebab ada nombor Maxis dalam tu. Tapi bila fikir-fikir semula, aku bukan selalu mesej dengan orang Malaysia pun sebab aku selalu call Malaysia dengan menggunakan Lowrate. Abah topupkan aku RM5 sebulan dan kadang-kadang tak topup pun. Aku tak guna kredit tu sampai pernah cecah RM50 ke atas. Buat masa ini aku rasa ada baiknya aku guna je terus Nokia. Mungkin satu hari nanti ada perkara yang lebih memerlukan.
___________________________
p/s : Aku ada kamera Sony. Tapi serupa macam takde kamera. Pon tak charge juga baterinya. Hari ini kena charge juga. Please lah Shaliza, belajar menghargai okey?





No comments:
Post a Comment