Friday, July 15, 2011

Egypt !! Here i comeeeeeeeeee~~~

Assalamualaikum wbt.


Minggu ini minggu yang paling sibuk. Baru habis final exam, ada urusan jamiah pula, urusan visa dan temankan bestfriend cari jelabah yang ditempah di Rabat dan di Kenitra.


13 Julai ada muktamar bertempat di 1NPT, Irfane.
14 Julai ada muktamar hari kedua. Aku tak hadir. Pagi tu aku ada urusan untuk permohonan visa nak ke Mesir. Malangnya kedutaan Mesir suruh aku ambil pada waktu petang. Lepas tu, aku terus je berkejar untuk ke Casablanca. Ada urusan universiti kat sana.


Selesai urusan, berkejar pula pergi Bab Marrakech. Berkejar nak makan! Hehe. Selesai makan makanan laut, berkejar ke stesyen kereta api pula. Nasib baik sempat solat jama' taqdim. Dari Casablanca aku turun ke Rabat seorang diri untuk pergi semula ke kedutaan Mesir tapi malangnya nasib aku, kedutaan Mesir tutup. Nasib baik aku berlepas hari Selasa. Jadi aku masih boleh ambil hari Isnin.


Selesai urusan di Rabat aku berkejar pula ke stesyen kereta api untuk ke Kenitra. Penat tak berapa rasa sangat sebab enjoy. Aku pasang earphone sejak dari Casablanca sampailah ke Kenitra. Bosan seorang diri, Samsung peneman sepi. Hari yang paling banyak aku bergerak kut. Dari Casablanca sampai ke Kenitra aku berdiri dalam train. Ramai sangat orang.


______________________________


Selesai urusan di Rabat dan Casablanca. Sekarang ada masa lagi 4 hari sebelum berlepas.


15 Julai - Basuh, sidai, lipat dan susun segala jenis pakaian yang ada.
            - Baju dalam bakul, bilik bersalin FBI (haha), dan baju dalam drower


16-17 Julai - Kemaskan katil, meja belajar, rak buku dan kumpulkan semua barang ke satu tempat supaya tak bersepah.


18 Julai - Pergi kedutaan Mesir di Rabat untuk ambil visa. ( moga dipermudahkan urusan )
            - Suplier jelabah datang rumah untuk bagi beberapa helai jelabah
            - Packing barang - kargo - hand lagage - beg laptop. Timbang semua beg.


19 Julai - Berlepas. Casablanca - Egypt.


_____________________________


Malam tadi call abah. Nasib baik abah kerja malam. Ingatkan abah kat rumah sebab masa tu Malaysia dah pukul 3 pagi. Aku sampaikan berita gembira untuk abah yang aku dah lulus semua dalam exam sem 6 yang lepas. Alhamdulillah.


Kami ada berbincang sedikit mengenai perkembangan adik-adik aku. Hmmm..banyak benda yang perlu aku tolong abah dan mak demi adik-adik. Ada plan dalam jangka masa panjang juga. Aku ada masa 4 tahun lagi untuk duduk bersama keluarga dan ada banyak perkara yang perlu diubah dalam keluarga aku. Abah pun menerima dengan terbuka segala pendapatku demi membina semula keluarga yang islami. Alhamdulillah syukur pada Allah, sejak aku dapat belajar di sini, banyak perubahan yang belaku pada abah dan mak. Kalau dulu mereka hanya sibuk memikirkan kerja. Sekarang, bila aku dah besar mereka dah mula fikirkan ke arah pembaikan soal ibadah. Aku sebagai anak sulung sudah pasti akan membantu abah dan mak aku untuk beri mereka semangat membina keluarga yang islami. Itulah sebabnya abah dan mak berkeras untuk biarkan aku belajar di Maahad dan di sini belajar agama.Subhanallah. Allah yang menentukan semuanya, Allah yang memegang hati dan melembutkan hatiku untuk menurut kehendak dan cita-cita abah dan mak. Alhamdulillah.


Matlamat yang paling dekat, habis je belajar nak cepat-cepat kerja. Mahu memiliki sebuah kereta Persona ( ini pun kereta impian mak abah untuk aku ), dan perbanyakkan aktiviti bersama keluarga. Aku nak perkuatkan talian dan ukhuwah sesama kami sekeluarga. Sekarang baru aku faham maksud 'enjoy' yang abah ucapkan dulu. InsyaAllah, selagi nyawa masih ada, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus berbakti kepada abah dan mak. Apa yang penting kami adik beradik mesti bersatu hati. Moga Allah meredhai niat aku ini.


Bila abah mak redhakan apa yang aku buat, hati aku jadi lapang. Mereka bahagia aku pun bahagia. Terima kasih ya Allah. Mereka adalah hadiah yang tak ternilai bagiku. Terima kasih ya Allah.








(( Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan )) - Surah al- Maidah : 35


_______________________________




p/s : Aku harap akan ada perubahan pada diri aku sesudah proses tarbiyah diri di Mesir nanti. Do your best Shaliza !


p/s 2 : Sempat ke aku nak turunkan 5 kg sebelum pergi Mesir ni. Kena start jogging dan sit up hari ini.

No comments:

Post a Comment