Assalamualaikum wbt.
Hari ini masuk hari ketiga demam. Baru je pagi tu aku call abah selama dua jam, abah siap pesan lagi jangan demam-demam, malam tu jugak aku start demam. Aku ni susah nak demam, tapi kalau sekali kena tu agak dahsyat jugak la. Sebelum datang Morocco dulu, demam aku akan datang masa bulan puasa selama sebulan. Aku pun tak tahu kenapa time puasa pulak demam nak datang. Banyak sangat dosa aku. Bayangkan banyak hari aku akan skip puasa sebab kena makan ubat. Setiap hari akan ulang alik tandas sebab nak muntah. Nak bangun pun abah yang tarikkan sebab kepala berat sangat. Asal demam je kene gunting rambut. Hahaha. Muka pun dah macam mayat hidup. Time demamlah aku merasa jadi kurus. Tapi tak nak lah kurus macam mayat hidup. Aku pun takut nak tengok diri aku sendiri.
Alhamdulillah, sejak datang Morocco ni, demam aku dah tak sampai sebulan pun. Walaupun musim kat sini selalu sejuk, aku jarang demam. Even aku share makanan dengan orang demam pun badan aku maintain lagi sihat. Tapi kali ni, memang aku demam atas kelalaian aku. Asalnya aku sangat sihat. Cuma minggu ni aku busy dengan aktiviti pindah-randah rumah yang menyebabkan aku terlupa sangat nak minum air. Tambah-tambah lagi aku memang jenis lupa minum air. Sampaikan aku ada jadual sendiri untuk minum air 1 liter sehari yang sepatutnya aku akan thick setiap hari. Tapi kalau jadual tu aku tak buat, maka aku akan lupa minum air. Teruk betul. Jadi, inilah akibatnya.
Mula-mula tekak kering je. Pastu jadi gatal dan aku pulak menggatal 'menggaru' tekak aku dengan cara buat-buat batuk. Sangat pemalas betul aku ni nak teguk air. Tak lama lepas tu, start dah batuk sikit-sikit dan badan jadi panas. Akhirnya aku pun tak larat nak bangun sebab kepala rasa berat. Malam hari kedua aku dah start batuk yang sangat kuat dan dahsyat. Bunyi batuk tu bukan dengan bunyi kahak sekali. Tapi batuk yang kering tu. Lagi sakit kot. Siang-siang boleh cover lagi. Malam-malam nak tidur agak seksa la jugak. Masa malam tu gatal kat tekak ni memang tahap apa pun aku tak tahu la. Berterusan je batuk sampai mengalir air mata aku. Aku rasa macam tekak aku ni dah luka dan seperti ditoreh-toreh akibat batuk aku yang kuat tu. Aku makan meggi kawan pun aku dah mengelupur sebab perit. Tadi kawan Arab bagi kurma dalam kelas. Sekali tersekat pulak kulit kurma tu kat tekak aku tu. Ya Allah, sakit giler.
So malam ni pulak, aku dah start nak tidur pukul 9 malam tadi. Puas dah golek-golek sini sana. Kejap kepala kat sini, kejap aku tukar kaki pulak kat situ. Kejap aku duduk. Kejap aku bangun. Kejap tambahkan bantal. Kejap buang bantal. Kejap nak nangis pulak. Kejap aku rasa macam nak basuh je muka aku yang ditepek dengan campuran yogurt dengan serbuk kayu manis ni. Semuanya gara-gara benda lain pulak yang datang. Malam ni hidung pulak tersumbat. Ayoyo. Even tengah duduk menaip ni pun hidung masih tersumbat. Masa berdiri je hidung jadi ok. Kalau boleh solat ok lagi. Taklah merana sangat aku nak meredah malam yang panjang ni.
Moga sakit ni jadi kafarah untuk aku. Jadi, aku ingat nak berjaga je malam ni. Kesian kat kawan-kawan terganggu dengan batuk aku ni. Lagipun kelas esok pukul 4 petang. Boleh qada' tidur pagi esok.^^
_______________________
Perut dah mula berkeroncong. Tiga hari tak makan dengan betul. Plus dah tujuh hari tak sentuh nasi. Apa lagi. Kembara dapur la !! :p
Pelajar IPG PDPLI 2017
7 years ago


No comments:
Post a Comment