Saturday, December 10, 2011

Inspirasi hati (no idea:p)

Assalamualaikum wbt.

Sejak pulang dari Mesir bulan 9 hari tu, sifat keibuan aku makin menebal. Mana taknya, aku kerap menjaga bayi-bayi kecil sepanjang keberadaanku di Mesir. Maklumlah cuti musim panas, mahasiswa mahasiswi di sana memang banyak program. Dan kebanyakan mahasiswa mahasiswi di sana sudahpun berkahwin dan punyai anak. Tidak seperti di Maghribi, mahasiswa mahasiswi kebanyakan belum berkahwin. Yang dah berkahwin pun duduk jauh-jauh dan kadang-kadang bukannya selalu sangat dapat jumpa anak-anak mereka. Sebab itulah sifat keibuan aku belum muncul lagi.

Sultan Muhammad al-Fateh seorang tokoh yang memberi aku inspirasi untuk perbaiki diri. Di sebalik kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh, ada sepasang suami isteri yang juga hebat dalam mendidiknya. Mereka adalah ibu bapa Sultan Muhammad al-Fateh. Sebelum lahirnya Muhammad al-Fateh, ayahnya Sultan Murad sentiasa menyibukkan diri mendalami ilmu agama. Ibunya Aisyah pula seorang isteri yang solehah dan patuh kepada suaminya. Barangkali dia seorang yang lembut hatinya kerana dia sangat menjaga adab tutur kata ketika berbincang dengan suaminya Sultan Murad. Ini bermakna, mereka telah mendidik Sultan Muhammad al-Fateh sebelum kelahirannya lagi kerana Sultan Murad yakin pada hadis Rasulullah yang mafhumnya 'raja pada zamannya adalah sebaik-baik raja dan tentera pada zamannya adalah sebaik-baik tentera' adalah pada zaman anaknya Sultan Muhammad al-Fateh.

Lepas je baca novel Muhammad al-Fateh hari tu, aku terus tidur. Haha. Itupun aku baca tak habis. Aku sangat tak suka baca novel sebenarnya. Belum sampai dua muka surat aku dah tidur. Disebabkan Muhammad al-Fateh, aku gagahkan juga membacanya walaupun kawan aku si Fateyn gelak-gelakkan sebab tengok mata aku bukak katup bukak katup tahan mengantuk atas katil sambil pegang novel tu. Baca novel atas katil sangat tak sesuai untuk aku yang sangat tak suka novel ni. Memang dari kecil aku suka bawa buku untuk dibaca sebelum tidur. Kadang-kadang aku baca. Kalau tak larat aku selak-selak je buku tu. Kalau tak larat sangat aku letak dulu buku tu sebelah bantal. Pakai selimut dulu pastu letak kepala atas bantal dan bila dah selesa mata aku pun terlena. Tak sempat baca buku yang aku nak baca tu.

Umur aku baru 21 tahun. Tapi aku dah mula berfikir ciri-ciri ibu yang bagaimana aku perlu terapkan dalam diri aku ni. Perlu ke jadi garang? Perlu ke jadi lembut? Perlu ke jadi ibu yang manjakan anak? Perlu ke jadi ibu yang tegas dengan anak? Sebab itu sekarang ni aku selalu perhatikan ibu-ibu yang aku jumpa. Aku tengok macam mana mereka bermuamalat dengan anak-anak mereka. Tengok macam mana dia menguruskan rumah. Aku pun perhatikan mak aku sendiri. Mak kawan-kawan aku. Senang kata semua orang yang bergelar ibu. Tak kiralah dia tua atau lebih muda dari aku.

Tapi of courselah aku banyak perhatikan mak ayah aku. Mak aku ni sangat happy go lucky orangnya. Orangnya sempoi, dan agak berjiwa remaja. Tengok ayah aku pulak. Masa aku kecik dulu, dia sangat garang. Garang dia sampai aku takut nak berhadapan dengan dia. Lebih-lebih lagi time dia mintak buku Matematik aku. Tak menangis memang tak sah kalau ayah aku ajar Math. Dah besar ni dia masih lagi garang. Tapi garang dengan adik-adik aku yang masih bersekolah. Dengan aku dah boleh cover sikit aku rasa. Tapi garang-garang ayah aku pun, cepat tersentuh jugak hati dia ni. Kadang-kadang ayah aku lagi cepat menangis dari mak aku. Mak ku kan rock-rock gitu. Kelakarlah diorang ni.

Apa yang dapat aku simpulkan, kegarangan ayah tu yang membuatkan aku sangat patuh pada mak ayah aku. Kegarangan ayah aku buatkan aku menjaga adab hormat pada orang tua. (ni nak cerita pasal mak ke ayah ni?)
Sifat go lucky mak aku pulak membuatkan aku tak pernah rahsiakan apa-apa dari mak aku. Hatta siapa lelaki yang aku suka pun mak aku boleh tahu. Segala apa yang berlaku mak aku tahu. Tiada rahsia. Kalau aku tipu pun mak aku tahu aku tengah tipu. Aku pulak, banyak ikut sifat mak. Happy go lucky. Periang. Kadang-kadang skema jugak. So aku tengah-tengah antara mak dan abah. Jadi, apa kesimpulannya? Anda yang menentukan, Shaley...

Berusaha untuk perbaiki diri !

aku memang admire budak ni

aku pangku anak kawan arab dalam kelas

budak yg aku jaga masa kat Mesir, Ulfah namanya

p/s: Subuh tadi aku mimpi ada seorang lelaki datang melamar aku. Umurnya 51 tahun. Aku menangis sambil kata dalam hati aku dah ada yang aku suka. Poyo je aku ni, orang tu datang melamar je pun. Kalau tak nak tolak jelah. Tupun gelabah. Ngok ngek...

No comments:

Post a Comment