Aku rasa ini kali pertama aku menangis kerana kehilangan barang yang aku sayangi. Aku dah kehilangan telefon bimbit Samsung Wave 525 aku. Aku rasa dia terjatuh dalam teksi yang aku naik pada malam selepas pulang dari kenduri akikah anak seorang pegawai kedutaan di Rabat. Mungkin malam jadi aku tak perasan dia jatuh. Samsung aku pulak warna hitam.
Pagi tadi puas aku mencarinya. Tapi tak dapat juga. Call pun tak dapat. Aku baca Quran pun tak kusyuk. Sedang aku mendengar bacaan Quran dari kawanku masa itu aku tersentak. Sebab masa keluar dari teksi tu seorang kawanku berkata " macam ada benda jatuhlah ". Tapi masa tengok-tengok balik macam tak ada pulak. Aku rasa masa itulah Samsung aku jatuh.
Bila kenangkan semula, itu baru saja Allah nak uji aku dengan kehilangan barang yang disayangi. Tapi kalau Allah uji aku dengan kehilangan insan yang tersayang, masihkah aku dapat bersabar? Adakah aku akan terima kenyataan bahawa Allah adalah pemilik segalanya? Bagaimanakah iman aku pada ketika itu?
Aku akan usaha untuk telefon lagi Samsung tu. Bagi aku, kalau betul Allah nak temukan aku semula dengan Samsung tu, jatuh kat mana sekalipun mesti akan ada pertolongan yang Allah nak berikan. Mana tahu Allah bukakan hati sesiapa yang menjumpai untuk menyerahkan Samsung itu pada aku semula.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini teguran daripada Allah agar aku menghargai apa yang dah dimiliki. Lebih-lebih lagi pemberian berharga dari insan yang mencintai aku lebih dari dirinya sendiri. Insan itu adalah ayahku.
Ayah ada menghadiahkanku telefon bimbit Motorola sempena aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi Motorola itu hanya kusimpan. Dan hari ini, aku akan menghargainya selama hayatku.
Kehilangan Samsung yang kubeli sendiri membuatkan aku lebih menghargai Motorola hadiah pemberian insan yang kusayangi.
Hanya tinggal kenangan
Setia di sisi walaupun jarang dihargai
Segala yang berlaku membuatkan aku lebih setia.
____________________
p/s : Sungguh kumencintai kerana nilai agama yang ada padamu. Bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta yang kau miliki....tapi kerana aku mahu kau menjadi wasilah untuk aku lebih mencintai Tuhanku. Permudahkanlah ya Allah....




shaley.. sabar ye sayang~
ReplyDeleteocha !!!..huuu...actually takdelah sedih sgt. tp nangislah jugak mse cari2 takde...skang ni cam biasa dah sbb still rse bnd tu ade lg...hmm..nak wat camne...jodoh tak panjangg..
ReplyDelete