Malam ini aku nak isytiharkan, minggu ini adalah minggu kesedihan aku. Sindrom ni memang akan menjelma pada waktu yang tak disangka-sangka. Dalam kelas ustaz tengah mengajar pun aku boleh tiba-tiba sebak dan menangis. Tak pasal-pasal aku akan teringat peristiwa silam aku.
Aku masih lagi tak dapat terima kenyataan bahawa Samsung Wave525 aku dah hilang.
Masak pun aku takde mood. At last aku kutuk sendiri masakan aku. Aku cakap aku tak pandai masaklah. Aku cakap kesianlah siapa dapat isteri yang tak pandai masak macam aku. Tengah-tengah aku basuh pinggan, si housemate aku ( orang Arab ) tak masukkan betul-betul sampah dalam plastik sampah. Panas je hati aku.
Sekarang ni memang tengah cari rumah baru. Dapat dah, tapi mahal la pulak. Sedih betul aku tengok keadaan rumah yang aku duduk sekarang. Actually aku hanya sewa bilik. Bukan rumah. Bayangkan bilik sekangkang kera tu disumbatkan semua barang-barang. Kitab-kitab, baju, semua dalam bagasi. Nak makan pun kena alihkan tilam then makan atas katil. Kalau stay je kat rumah ni alamatnya terus kargo ke Malaysia la barang-barang aku tu sebab dah siap packing.
Lagi sedih bila mana aku terpaksa tipu diri aku sendiri. Seriously aku nak nangis sebab tersedak dengan kata bohong diri sendiri. At least aku tak tipu orang. Tipu diri sendiri je walaupun sangat menyakitkan. Tapi aku yakin, Allah tahu apa yang aku rahsiakan.
Semakin banyak kebetulan yang berlaku, semakin aku nak menangis. Aku tak tahu sama ada ini suatu kebetulan saja atau aku saja yang bermain dengan perasaan. Allah knows best..T.T
rindu dgn keadaan yg dulu..lebih terurus..
mungkin hanya kebetulan saja
falling in love??
_______________________
Lepas jatuh tangga tadi aku terus berpaut pada pintu. Beriyalah aku jerit sebab ingat kaki dah patah sebab ada bunyi patah, rupanya bunyi marmar pecah je pun. Dan aku boleh berjalan seperti biasa macam tak ada apa yang berlaku. Segan aku dengan mak cik Arab tu.



No comments:
Post a Comment