Sunday, October 16, 2011

Ujian

Assalamualaikum wbt.

Selama 21 tahun hidup, banyak ujian yang menimpa. Pada aku, dan pada keluarga. Ujian hidup susah, ujian terkena umpatan orang, ujian dipinggirkan jiran sendiri, ujian dipinggirkan keluarga sendiri pun ada. Itu ujian pada keluarga. Ujian aku pulak, selalu diguna-gunakan orang lain. Mungkin disebabkan punyai hati yang lembut dan susah untuk berkata " tak " menjadikan tiket untuk mereka permainkan aku.

Tapi takpelah, aku redha dengan apa yang terjadi walaupun hakikatnya memaafkan mereka itu sesuatu yang sangat perit. Punyai mak ayah yang selalu saja mendiamkan diri atas apa yang orang buat pada kami membuatkan aku pun terikut sama. Tapi aku tahu kenapa mak ayah buat tak peduli je bila orang mengata, mengutuk kami. Kat depan mulut manis gila. Bila kat belakang, habis semua tersembur. Tapi bila susah, semua cari keluarga aku. Bila dah disisihkan jiran lain mulalah cari mak aku sambil mengata-ngata pulak ke jiran yang menyisihkan dia. Padahal dia dengan jiran tu sama je berkomplot rendah-rendahkan keluarga aku. Mak senyum je bila tengok kebodohan orang yang tergedik-gedik mengumpat teman sekomplot sendiri.

Aku bukanlah dari keluarga senang. Kami sederhana saja. Makan apa yang ada saja. Tapi aku tahu, mak ayah dah cuba yang terbaik untuk menyenangkan kami. Usia 51 tahun pun mak aku masih bekerja. Tak seperti jiran-jiran aku yang rata-ratanya lebih muda dari mak aku tapi mereka dah jadi suri rumah. Aku perhatikan mereka selalu berkumpul sesama diorang depan rumah sampai kadang-kadang lewat senja baru balik. Aku perhatikan mak aku pulak. Balik kerja terus masuk rumah. Tak ada masa mak aku nak kumpul-kumpul sesama diorang join 'persatuan' sampai-sampaikan cerita orang. Aku bersyukur dan berdoa agar mak terus kuat mencari rezeki untuk keluarga sementara aku masih di Morocco. Ada sedikit lagi baki untuk aku menamatkan pengajian aku di Morocco.

Pernah sekali ayah hantar aku ke rumah kawan. Taman perumahan yang agak tinggi standardnya. Aku datang rumahnya untuk berbincang tentang persiapan kami untuk ke ....... ( sengaja dirahsiakan ). Aku nampak ayah kawan aku tu menjenguk ke luar rumah. Dia tengok kereta ayah aku lah. Selang sejam lepas tu ayah ajak balik sebab dah malam. Aku salam-salam dan masuk terus ke dalam kereta. Lepas tu aku tanya kat ayah ," apa abah borak ngan ayah dia?". Sekali ayah aku tanya, " ayah dia ada ke? ". Berderau sekejap darah aku. Masa tu aku terdiam dan tahan air mata supaya tak jatuh. Punyalah ayah aku bawa anak dia ke hulu ke hilir nak uruskan kami berdua. Mak ayah dia sendiri tak pernah minta cuti untuk uruskan anak sendiri. Sampaikan aku ni selalu cemburu sebab ayah aku asyik-asyik nak jemput dia kat rumah. Tapi mak ayah dia tak pernah nak semuka dengan ayah aku untuk berterima kasih. Kami ni bukanlah mengharap sangat ucapan terima kasih. Tapi faham-faham sendirilah bila orang berbudi kita berbahasa kan. Masa itu baru aku tersedar. Ada jurang antara orang susah dengan orang senang. Rupa-rupanya ada segolongan orang yang tak layak untuk keluarga aku yang susah ni. Sedih memang sedih. Tapi aku bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan orang-orang yang macam tu. Pengalaman yang perit itu aku akan jadikan sebagai pengajaran supaya keluarga aku tak lagi senang untuk dipermainkan.

Aku tinggal lagi satu sem je insyaAllah. Semoga Allah memperkenankan doa aku untuk habis cepat belajar. Aku nak kerja cepat, nak masuk dalam keluarga cepat, dan aku mahu menguruskan adik-adik aku yang masih lagi belajar. Bila aku dah kerja nanti aku nak mak berhenti kerja. Biar mak rehat. Abah mungkin akan bekerja lagi tapi biarlah tanggungan abah atas adik-adik aku menjadi ringan sedikit. Sebab aku yang akan ambil alih tugas menjaga adik-adik. Ini pengorbanan aku sebagai anak sulung. Aku sanggup ketepikan dahulu soal cinta dan kebahagiaan aku semata-mata kerana ingin membalas jasa baik mak ayah selama ini. Sememangnya aku buat kerana Allah Taala yang telah memberikan macam-macam nikmat padaku. Moga aku diberikan kesihatan yang baik untuk aku membalas jasa baik mereka.

Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Tapi bukan bermakna tak berusaha untuk menaikkan taraf hidup keluarga aku. Aku akan cuba sedaya upaya. Itu janji aku.






p/s : Aku mencintaimu kerana agama yang pada dirimu, jika hilang agama pada dirimu maka hilanglah cintaku padamu - Imam Nawawi

No comments:

Post a Comment