Assalamualaikum wbt.
Aku pun tak tahu nak taip apa. Cumanya nak beritahu yang aku bukan lagi di Kenitra. Aku sudah mulakan hidup, baru tempat baru. Universiti yang baru. Kawan-kawan arab yang baru. Ustaz-ustaz yang baru. Rumah yang baru.
Aku masih menyesuaikan diri di rumah baru. Maklumlah duduk bertiga saja. Takut jugak. Tapi lama-lama nanti ok lah kut. Internet kat rumah aku takde. Sekarang ni pun aku tumpang internet kat rumah adik-adik. Eloklah tu rumah aku takde internet. Kawan-kawan aku nak pakai modem, tapi aku sengaja tak nak beli modem. Kalau ada nanti menghadap laptop jelah kerja aku nanti. Semester kali ini agak berat. Jadi aku mesti tumpukan perhatian lebih pada pelajaran.
Rumah aku masih belum dibaiki. Isnin ni insyaAllah tuan rumah datang baiki rumah dan cat sekali bilik yang aku duduk tu. Aku pun baru siapkan jadual harian aku yang baru. Kali ni kena jaga masa supaya tak melalak di kemudian hari.
Apesal mood menulis aku agak mendatar je ni. Oh aku lupa. Kelas aku hari ni start pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang tanpa henti. Penat.
p/s : Rumah besar tapi duduk bertiga je. Sekali orang ketuk pintu, tiga orang sekali sesama buka pintu. Semuanya penakut rupanya. Bantai ~
Pelajar IPG PDPLI 2017
7 years ago


Salam wrt.
ReplyDeleteHai.
Ahli rumah lama! Rindu oke. Sekian~ T_T
Lots of Love; KakWan Cun ^.^
Salam wrt.
ReplyDeletekak wannnnnn !!!!
weendu laaaaaa :(