Thursday, February 2, 2012

Trauma

Bismillah..



Aku ada trauma yang aku tak trauma. Maknanya bukan traumalah tu! Haha. Tapi trauma kepada kawan-kawan aku lah. Kebanyakan kalau aku tanya kenapa takut kucing? Rata-rata bagi sebab kucing pernah gigit tangan dia, pernah cakar tangan dia. Aku gelakkan je.

Pernah sekali kucing aku gigit hidung aku yang sangat kecil ini sampai termengalir air mata aku sikit. Sikit pun aku tak lempang kucing tu. Tapi aku cium dan peluk dia kuat-kuat.

Pernah seekor kucing yang sangat besar mengeliat kat sebelah aku sambil tu kuku dia mencengkam kain baju kurung aku dan dia tarik sekuat hati dia. Aku dah nak nangis dah masa tu, tapi aku cover. Aku tarik perlahan-lahan kain aku.

Pernah sekali aku usik kaki seekor kucing Parsi yang sangat besar masa dia tengah jilat bulu dia kat dalam bilik mak lang aku. Tapak kaki dia sama besar dengan 4 jari aku. Kalau kucing biasa 2 jari aku je besarnya. Dia berhenti jilat bulu dan terus pandang aku macam nak terkam muka aku yang bulat macam muka dia. Tapi nasib baik tuan dia jerit " Adik ", dan dia terus berlari keluar dari bilik mak lang aku. Muka je macho, sekali nama Adik pulak.

Pernah sekali aku nak usik seekor kucing Parsi kepunyaan jiran yang duduk di bawah motorsikal ayah aku. Bila time nak usik tu, tangan dia yang besar tu terus cakar tangan aku sampai berdarah. Nama dia Apai, usia dia dah bertahun-tahun. Masa aku kecik lagi dia dah ada. Dulu tuan dia selalu ziarah umah aku sebab nak tengok anak2 kucing aku yang baru lahir. Apai tu kalau bukan tuan dia yang panggil balik rumah, dia yang panggil tuan dia balik rumah. Sekarang ni Apai dah tua tapi bagi aku still gak macho sebab Apai selalu leraikan pergaduhan besar antara kucing aku dengan kucing yang lain. Hoho!

Dan akhir sekali aku nak cerita dan kongsikan. Junior aku ada bela kucing di rumahnya. Kucing tu dia pungut dari suatu tempat dengan keadaannya yang sangat comot. Mula-mula aku jumpa kucing tu, dalam hati aku kata ' tak comelnya'. Aku pun terus usik kucing tu. Tapi kucing tu tak nak pun kat aku. Dia lari. Aku kejar. Bila dah dapat tu aku pegang-pegang dia. Tapi masa tu aku terperasan sesuatu. Aku layan kucing tu dengan kasar. Padahal aku dah cop diri aku ni Ummu Hurairah maknanya ibu kucing. Lama juga nak adapt dengan kucing tu. Banyak kali jumpa pun dia masih tak nak dengan aku.

Tapi sekarang ni dah lain, bila aku datang rumah junior aku tu, aku main-main dengan dia seperti mana aku main dengan kucing aku. Kucing tu dah ada gigi tapi kecil je. Sebab dah ada gigi tulah dia main dengan lebih ganas lagi. Tambah pulak aku memang suka main dengan anak kucing yang ganas. Lepas aku main-main dengan dia, aku pinjam lapppy junior aku sebab nak call ayah aku. Tengah borak-borak dengan ayah, kucing tu sendiri datang kat aku nak main lagi. Bila dah penat dia terus tidur kat aku. Tengok?? Dia sendiri yang datang. Bukan aku yang kejar.

Nak tahu sebab apa??

It's all about qalb :)

Aku sangat percaya bahawa hati itu Allah jadikan sebagai penghubung Dia dengan makhluknya dan penghubung makhluk sesama makhluknya sendiri. Disebabkan aku seorang pencinta haiwan, aku nampak keajaiban ciptaan Allah ( hati ) melalui haiwan. Memang mereka tidak punyai akal, ye aku setuju. Tapi mereka punya hati dan perasaan. Kalau tidak mana mungkin kita akan dapat saksikan seekor anjing tetap setia menunggu kepulangan tuannya setiap jam 5 petang di depan stesyen kereta api sehingga ajal menjemputnya.

Mana mungkin kita dapat menyaksikan seekor burung seolah-olah meratapi pasangannya yang telah dilanggar atas jalan raya.

Mana mungkin kita dapat menyaksikan seekor kucing jantan datang jilat-jilat pasangan dia dan bermain-main dengan anak-anak dia. ( Ni kucing aku lah ni..hehe ) Yang selalunya kita dengar kucing jantan akan makan anak dia sendiri.

Banyak lagilah fenomena haiwan sekarang yang kita boleh tengok. Apa yang aku perasan dari haiwan-haiwan ni kan, kalau aku takut-takut nak dekat dengan dia, dia akan takut-takut jugak dengan aku. Kalau aku rasa tak selamat dengan dia, dia pun akan rasa tak selamat dengan aku. Yang penting kena jaga hati kita sebab aku rasa Allah bagi mereka kelebihan untuk faham hati kita. Itupun kalau kita memahami :)

Aku pernah terbaca sesuatu. Mafhum dia, kalau kita saling berkasih sayang antara penduduk di bumi ni, penduduk di langit pun akan menyayangi kita. Aku dan adik-beradik aku ada juga terfikir nak tubuhkan pusat penjagaan kucing-kucing terbuang. Moga Allah berikan petunjuk, ameenn..:)

_______________

Sebenarnya aku nak tulis pasal trauma lain. Aku padam dan aku tukar trauma yang lain. Biar Allah saja yang menghukum mereka yang berkenaan. Dunia ni dah terlalu tua untuk berdendam dengan orang. :)

No comments:

Post a Comment