Thursday, May 26, 2011

List to do

Assalamualaikum.

Esok hari Jumaat. Setiap malam Jumaat aku akan senaraikan apa yang perlu aku lakukan untuk esok hari sehingga Jumaat yang akan datang. Salah satu tujuannya ialah supaya aku punyai matlamat yang perlu dicapai pada minggu tersebut. Berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah.


Senarai yang perlu dibuat esok :

1) Pukul 9 pagi ke balai polis untuk urusan kad pengenalan maghribi
2) Print mutabaah amal fardi dan laksanakan serta merta - important !!
3) Mandi sunat Jumaat, potong kuku, basuh baju, kemas apa yang patut
4) Hafal surah Nisa' dan salin semula thesis yang sudah diperbaiki hingga selesai. No more procrastination !
5) No facebook for these weeks ! Study..study..and study. Do the BEST for final exam insyaAllah.

Senarai yang perlu dibuat minggu ini :

1) Banyakkan pembacaan tentang : - cara mengubati hati
                                                      - pembentukan akhlak muslim
                                                      - pembentukan rumah impian yang islami
2) Kurangkan tidur.
3) Kurangkan percakapan yang sia-sia, bercakap bila perlu.
4) Sebelum tidur pastikan meja belajar dikemas, hanger baju
5) Tidur pukul 10.30 malam, bangun pukul 4 pagi.



" Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu besok pagi,". Kecuali ( dengan mengatakan )," InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat ( kebenarannya ) daripada ini".                                   ( Surah al- Kahf : 23-24 )








p/s : Alhamdulillah turun 2 kilo. Usaha lagi !

No comments:

Post a Comment