Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat-Nya masih lagi dipinjamkan nikmat umur, mendengar, melihat, bercakap dan banyak lagi nikmat yang tak mampu aku sebutkan satu persatu. Hal ini kerana nikmat yang dipinjamkan terlalu banyak dan atas tanggungjawab individu itu sendiri bagaimana untuk menggunakan nikmat itu. Alhamdulillah, masih lagi dapat merasa nikmat iman dan Islam yang sememangnya kedua-dua nikmat ini adalah nikmat yang paling penting dalam hidupku. Aku bebas melakukan hak-hakku pada Islam tidak seperti wanita-wanita yang berada di negara-negara yang menentang keras rakyatnya menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam. Alhamdulillah, datangnya Islam di muka bumi, maka terangkat darjat seorang perempuan kerana bayi-bayi perempuan tidak lagi dibunuh seperti yang pernah berlaku pada zaman jahiliyyah dahulu kala. Syukur pada Allah aku masih bebas hidup di bumi ini sebagai seorang WANITA...Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...
Diari owh diari...setahun lebih simpan niat untuk beli diari, tapi tak terbeli-beli juga. Bukan tak nak beli, tapi bila tengok harga sebuah diari kat sini, nak terbeliak juga mata melihatnya. Nak keluarkan duit dari poket pun menggigil. Bak kata mak.." no money no talk "..jadi kesimpulannya..katakan bye-bye pada diari tu...hehe..
Alhamdulillah, dapat juga buat blog sendiri. Memang akui tak pandai pun menulis lebih-lebih lagi menggunakan blog. Semalam tiba-tiba hati aku tergerak hati untuk mencipta blog aku sendiri. Bagi aku, ada faedah juga kalau ada blog kepunyaan sendiri. Bukan untuk mengharapkan ramai pengunjung untuk membaca blog aku ni, tapi sekurang-kurangnya bila ada blog sendiri dengan secara tidak langsung aku dapat buat penilaian untuk diri sendiri, dapat refresh semula apa yang aku dah buat dalam kehidupan seharian, dan paling penting mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap pengalaman sebagai seorang pelajar di bumi Andalusia ini insyaAllah...
Tiada apa sangat yang dapat dikongsi sebagai muqaddimah Transkripsi Hati memandangkan aku baru saja menjinak-jinakkan diri dan belajar untuk menulis menggunakan laman ini. InsyaAllah untuk post yang akan datang aku akan paparkan kisah-kisah, info,dan apa-apa saja yang dirasakan menarik untuk dikongsi bersama. Transkripsi Hati akan diupdatekan dari semasa ke semasa bergantung pada kekosongan masa insyaAllah...Sekian, wassalam....



No comments:
Post a Comment